Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

May 6, 2011

Wanita Permata & Emas

Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum...

Ayah "anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"

Anak "entah", balas anaknya

Ayah "Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati...sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri tak melindungi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi."