Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

June 8, 2011

Menghadapi Refleksologi

Pada awal tahun ini, abang angkat aKoo telah mempelawa untuk berjumpa dengan seorang abang saudaranya ‘Pak Areis’ yang berasal dari Sumatera Barat (Sumbar). Tujuan berjumpa pun atas sebab aKoo sering sendawa tak kira masa. ‘Abang angkat’ aKoo ni beritahu dengan refleksologi mungkin sendawa aKoo boleh hilang. Jadi tergerak hati aKoo untuk mencoba.

Setelah diperkenalkan, ternyata ‘Pak Areis’ ini keturunan Minang seperti mana aKoo dan abang angkat aKoo tu. Cuma yang membezakan adalah aKoo Minang dari N. Sembilan manakala Pak Areis Minang asal Sumatera. Jangan disangka Minang Malaysia ada di N. Sembilan sahaja. Gombak pun ramai orang awak juo. Juga di tempat-tempat lain pun ramai Minang sama juga seperti orang Jawa Malaysia bertebaran di Tanah Melayu.

Akoo berurusan dengan Pak Aries pada mulanya berkaitan refleksologi. Tapi akhirnya membawa kepada penceritaan masalah yang selama ini menjadi persoalan yang sering bermain dibenak aKoo. Refleksologi Pak Aries juga walaupun nampak sama dengan refleksologi yang sering kita dengar dan lihat tapi pada asasnya ianya amat berbeza dengan apa yang diceritakan asal usul refleksologi Pak Aries ini.

Sedikit tentang Pak Areis. Beliau telah lama menapak di Malaysia sejak dari tahun 70’an lagi. Maksudnya dari arwah bapanya sehingga beliau mengikuti jejak menjajal nasib di Malaysia. Memang Pak Areis masih mempunyai kampung halaman di Sumbar. Bapanya di Malaysia dahulu terkenal dengan panggilan ‘Bomoh Berasap’. Bapa Pak Areis ini pernah ditawarkan Bomoh Diraja pada nenda Sultan Pahang sekarang ini tapi dengan hormat ditolaknya. Itu cerita lain. Pak Areis dengan refleksologinya ini pada awal 80’an terkenal di kawasan Setapak Jaya dalam mengubat berbagai penyakit yang bersangkutan dengan saraf seperti lumpuh, sakit jantung dan bermacam lagi. Tapi oleh kerana menghadapi beberapa krisis terpaksa mengubah ke satu kawasan yang ramai tidak tahu keberadaan beliau.

Apa bezanya refleksologi yang dibawa oleh Pak Areis dengan yang lain. Nampak sama, mengurut di tapak kaki, tapak tangan dan ‘Shiatsu’. Perbezaannya bukan berasal dari China atau Jepun. Perbezaannya bukan ambilan dari tengok-tengok dan apply bukan dari merujuk pada buku dan memandai mereflekskan pesakit yang datang. Jadi apa bezanya? Menurut Pak Areis, refleksologi yang dibawanya berasal dari salah seorang Nabi. Seorang Nabi yang di zamannya membuatkan unggas burung terpikat akan kemerduan suaranya, yang mempunyai kebolehan mengolah besi dengan tangannya. Refleksologi Pak Areis katanya berasal dari Nabi Daud. Sesuatu yang anih bukan? Adakah mustahil? Terserah anda. Bukan masanya untuk aKoo meyakinkan sesiapa yang membacanya.

Salah satu kejayaan Pak Aries dalam refleksologinya ialah mengubati penyakit ‘Parkinson’. Mustahil? Carilah di serata pelosok dunia, ada doktor yang dapat mengubati ‘Parkinson’? Muhammad Ali yang terkenal tu pon belum dapat diubati oleh doktor-doktor pakar saraf. Michael J. Fox yang terkenal tu pon belum dapat diubati. Mereka cuma mendapat ubat-ubatan yang mengurangkan ketakseimbangan saraf oleh doktor pakar mereka. Tu doktor pakar yang terkenal di dunia.

Jadi apa tujuan aKoo menulis semua ini? Apakah untuk buktikan kemustahilan apa yang aKoo perkatakan? Tidak! Kalau ada yang membaca, bukan maksud untuk membuat anda percaya. Dah aKoo katakan, pokok dek kaulah. Cumanya, adalah tidak mustahil ilmu yang diperturunkan Allah pada Nabi Daud ini masih wujud dan para praktisnya masih ada. Seperti tajuk sebelum ini, tahap tertinggi refleksologi ini adalah mengambil penyakit itu seperti mengelap air dengan kain buruk dan dibuang kain itu. Pernah dipraktikkan di Seremban oleh bapa Pak Aries, sebab itulah arwah mendapat gelaran ‘Bomoh Berasap’. Kalau orang dulu-dulu mungkin pernah terbaca mengenainya.

Pernah tak kita terfikir akan kenyataan, setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Pernah tak kita terfikir apakah doktor-doktor pakar yang ada sekarang ini menyelesaikan masalah dengan ubat-ubatan yang hanya meredakan penyakit tetapi bukan menyembuhkan, mencapai jalan penyelesaian dengan memotong anggota badan, bukan mengubat. Asal tak boleh ubat, kasi potonglah. Tapi itu ilmu kedoktoran sekarang ini ilmu mana?

Refleks adalah cara untuk menjanakan semula aliran arus ke seluruh badan oleh sebab jaringan pengaliran tersekat. Apabila aliran arus ini dapat sampai semula ke tempatnya, umpama menyalakan sebiji mentol, anggota tersebut dapat berfungsi seperti biasa.

Akoo dah cuba reflesks dari Pak Aries ini. Memang sakit bila diurut di kawasan tapak kaki. Sakit sangat. Kalau difikirkan, bila kita berjalan tak pula tapak kaki terasa sakit. Tapi bila diurut kawasan yang tak sakit tu, terasa amat sakit. Apa aKoo sakit? Menurut Pak Areis, aKoo sakit dunia. Memang benar pon nampak macam dunia. Rasulullah juga pernah mengatakan asal semua penyakit dari perut. Bila aKoo tak dapat mengawal penyakit perut, menyebabkan aKoo sering sendawa, menyebabkan buah pinggang dengan empat silindernya kurang mantap menghantar perbekalan pada jantung dan menyebabkan jantung bertambah lemah.

Apa sebabnya? Akoo makan tak menentu. Tidur tak menentu. Bekerja hanya duduk. Makan makanan yang susah perut nak hadam. Minum air ais dan selalu ber’gas’ yang tahap gulanya tinggi. Ini semua menyusahkan perut. Bila perut susah, menyusahkan pula buah pinggang. Menyusahkan juga jantung. Menyusahkan juga saluran darah. Menyusahkan anggota badan untuk berfungsi dengan baik. “Mana boleh!”, kata aKoo bangkang.

Pak Areis lalu memberikan perumpaan pada kata-katanya. Ambil ais tu, dan genggam sehingga cair. Buka tapak tangan dan lihat kesannya pada kulit tapak tangan. Nilai sendiri akibatnya kalau air ais masuk ke dalam perut. Kalau minuman bergas lagi senang. Goncang botol tu dan lihat apa kesannya. Bagaimana pula kesannya kalau dah masuk dalam perut? Jadi, nak tak nak, terpaksa aKoo berpantang dengan air ais, tapi lama kelamaan enak juga minum minuman panas suam ni. Lebih enak dari minum minuman ais. Itu pendapat aKoo, pokok dek kaulah. Cuma refleks ni menurut Pak Areis, tak dapat dilakukan jikalau orang itu tak punya tangan dan kaki … aHaks!!!