Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

January 10, 2013

Sembah Tari Ala Tari


Hakikat sembah? Hmm .. oh .. apakah penyembahan itu sahabat.

Sembah adalah bersama dengan Tuhan. Menyembah adalah .. ianya bermula dengan satu penyatuan peribadi dengan Tuhan. Bila sahabat dapat beralih dari dunia fana ini dan duduk bersendirian dengan Tuhan dan berlapang dada membuka hati pada Tuhan dan berbicara dengan Tuhan, walau macamana sekali pun Tuhan itu pada sahabat. Kemudiannya sudah tentu bagi yang mendalaminya, ia menjadi suatu keadaan yang berterusan. Sahabat akan senantiasa menyembah. Sebenarnya hati itu akan berterusan dalam keadaan sembah-menyembah kepada Tuhan. Ianya satu penyaksian Dia adalah sebenar-benarnya tiada dua atau lebih, uniknya Dia Tuhan .. Dia hanya SA. Dia Tuhan yang Maha atas segala Maha setiap detik .. dalam setiap nafas sahabat. 

Satu keajaiban .. satu keindahan ingin senantiasa bersama Tuhan. Bila bersama Tuhan .. secara tak langsung, tanpa dikawal .. tanpa dipaksa, akan sentiasa sujud memuji Dia dan bukan secara fizikal sahaja tapi lebih kepada sesuatu di dalam jiwa manusia menjurus pada hati tersedar akan keajaiban Tuhan itu. Bila tiba masanya hati itu terjaga, sahabat akan bersolat berterusan setiap masa, 24 jam sehari dan membawa kenyataan bermakna dalam kehidupan kerana kesedaran dan ingatan terhadap Sesuatu yang amat menakjubkan tiada taranya yang Maha atas segala Maha yang kualitiNya, tenagaNya atau apa saja yang berada di atas segalanya .. Dia di atas yang tiada bernama tapi ada atas apa yang sahabat mahukan Dia dipanggil dan sahabat akan senantiasa mahu berbicara denganNya di mana saja. Senantiasa ingin bersatu sujud pada Tuhan dan kalau tidak berbicara denganNya, sahabat ingin mendengar apa kataNya.

Bila Tuhan tidak menjawab doa sahabat, dikeranakan oleh kerana Dia sedang mendengar sahabat berbicara, sehinggakan kadangkala Dia suka mendengar sahabat meminta-minta, mengadu. Dia tidak menjawab terus kerana Dia suka mendengar perbicaraan sahabat, permintaan rayuan sahabat. Tuhan suka mendengar dan melihat hati manusia mengadap padaNya dan bermohon padaNya "Wahai Tuhan .. tolong lah hambamu .. wahai Tuhan tolonglah hambamu .. " 

Apabila sahabat bersujud, akan terbit cahaya di mata, suatu cahaya yang amat cantik. Dan sahabat dapat melihat akan kejaiban di dalam manusia itu, ... betapa indahnya sinar solat itu sehinggakan ... AH ... hati berkata itulah sebab musabab kita berada di dunia ini.  Ianya semacam keajaiban ... kekeramatan yang sahabat rasakan di sini adalah untuk menyembah Tuhan. Itulah kerana yang mendalam akan kewujudan manusia. Hanya untuk menyembah Tuhan.