Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

July 27, 2010

Nabi Adam a.s

Apa Erti Manusia
Manusia itu adalah haiwan atau binatang yang berkata–kata iaitu satu jisim yang bertubuh yang dapat bergerak dan berkata–kata dengan kehendaknya. Asal kejadian diciptakan satu jisim yang bertubuh(jasad) dari dua bahagian iaitu tanah dan Ruh.

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam a.s. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu? Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui akan tentangnya itu dan Insya Allah dapatlah kita mempelajari tentangnya bersama-sama.
Awal Kejadian


Allah meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya


Al Hijr 15 : 28..29

Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang lebih tahu kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula, manusia di permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa dan akan berbunuh-bunuhan menumpahkan darah.

Tetapi janganlah sampai kita lupakan bahawa Tuhan juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia suka bersengketa dan berbunuh-bunuhan. Di antara manusia yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.

Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua Malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dengan berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu, dari perkara yang sekecil-kecilnya sampai kepada perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang batin, yang kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang terjadi di langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan." Apa saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia-sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya.

Bapa Segala Manusia


Allah meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya


Al Hijr 15 : 28..29

Kemudian diciptakan Allah akan ADAM sebagai manusia yang pertama, untuk menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak, berpuak-puak dan berbilang bangsa, berselerak di seluruh pelosok bumi. Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan dan sebagainya.