Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

January 22, 2013

Umati .. Umati .. Umati


12 Rabiul Awal kian menjelang - Hanya beberapa hari sahaja lagi. Tiada benci malah mengasihi tiada dengki malah menyayangi walaupun pada seorang Yahudi buta. Namun dapatkah kita mencontohi sifat² Baginda seikhlasnya? Dapatkah kita menghayati Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah dalam kehidupan kita seharian? Ketika Allah bertanya .. Nuh mengatakan dia Najiyullah, Ibrahim mengatakan dia Khalilullah, Musa mengatakan dia Kalamullah dan Isa mengatakan dia Ruhullah. Tapi Rasulullah s.a.w mengatakan dia cuma seorang anak yatim piatu.


Wahai diriku .. bagaimana mungkin dapat engkau mencontohi Muhammad Habibullah sedangkan nafsu Amarahmu sedang membuak-buak. Bagaimana mungkin dapat engkau diriku mencontohi Nabi Al Mustofa sedangkan jiwamu kacau memandang bangsa lain berbeza, bagaimana mungkin dapat engkau diriku cepat menjatuhkan hukum bangsa sendiri, menganggap yang seagama berlainan darjat, berlainan aqidah pada mereka tanpa usul periksa. Wahai diriku .. bagaimana mungkin engkau mengharap Muhammad sedangkan sifat²nya kau abaikan. Wahai diriku .. sedarlah .. sedarlah .. sedarlah ...

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Umatku, umatku, umatku". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah s.a.w.
Ya Allah yang memegang jiwa ini .. Ya Rabb .. sejahterakanlah junjunganku ini dan tanamkanlah hatiku ini dengan Ar Rahman dan Ar Rahim Mu agar aku dapat haqqul yakinMu mengasihi dan menyayangi Muhammad s.a.w sebagaimana Baginda mengasihi dan menyayangi umatnya. Perkenankanlah Ya Allahu Ya Rahman HuYa Rahim

August 15, 2010

Nabi Nuh a.s

Al Kisah kali ini ingin meriwayatkan cerita perjalanan salah seorang rasul. Sebelumnya Nabi Adam, Nabi Syith, Nabi Idris. Baginda adalah rasul ke 3 tetapi merupakan Nabi yang ke 4 iaitu Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh diutuskan kepada seluruh bangsa manusia pertama yang mula melupakan jalan Islam. Kaum bangsa manusia yang pertama mencipta patung untuk disembah. Kaum bangsa manusia yang pertama mula menyesatkan diri, mensyirikkan diri. Oleh itu diutuskan Nabi Nuh a.s supaya dapat membimbing semula bangsa manusia ini ke jalan yang benar.

August 14, 2010

Nabi Adam a.s

Asal Kejadian
Hmm .. dan asasnya dijadikan dari 4 unsur iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Jika dikategorikan kepada 4 TANAH, 4 AIR, 4 API, 4 ANGIN.

July 28, 2010

Nabi Idris a.s

Tak banyak kisah tentang Idris yang dapat aku kumpulkan. Dia disebutkan lahir di daerah Munaf - Mesir. Juga diyakini sebagai nabi pertama yang menulis dengan pena. Apakah keyakinan tersebut berkait dengan kenyataan bahwa kertas pertama, yang disebut papirus, diciptakan oleh masyarakat Mesir.

Atas daya usaha Nabi Sheth a.s anak Adam yang juga menjadi nabi, sesetengah manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu, mereka mula menyembah berhala nabi mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak tuhan dan tidak lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka. Idris juga belajar agama dari Nabi Sheth a.s.

July 27, 2010

Nabi Adam a.s

Apa Erti Manusia
Manusia itu adalah haiwan atau binatang yang berkata–kata iaitu satu jisim yang bertubuh yang dapat bergerak dan berkata–kata dengan kehendaknya. Asal kejadian diciptakan satu jisim yang bertubuh(jasad) dari dua bahagian iaitu tanah dan Ruh.

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam a.s. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu? Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.