Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

November 12, 2014

Resah

Somalam aKoo korosahan teramat sangat, hati aKoo moluap komarahan pado ontah apo yang nakdo bosobab. Stolah lamo aKoo ronungan .. AaH .. Kau yang Empunyo semuonyo ..

Ruponyo komarahan korosahan aKoo cumo dikeranoan oleh tiado upayo aKoo untuk botindak molawan aruih .. ruponyo komarahan korosahan aKoo monyodari Syurga yang dibawo dari kiri sodang bomaharajalelo di tanah tumpah darah aKoo

aKoo tiado upayo monontang .. tiado upayo monyoru sedaro-sedaro aKoo akan malapetako Syurga Kiri yang sodang molanda .. 

aKoo pasrah biarlah kosodaran mereko sendiri tibo jua .. Hati aKoo mondesak pulang ke asal .. pulang ke  asal .. pulang ke asal?? AaH .. hambaMu lalai laie ..

Lantas aKoo scroll semulo lebaran-lebaran QalamMu .. Terimokasih atas jawabanMu yang tolah lamo tesedio bojawab ..
 

Syukur Rabb .. solawat dan salam Baginda s.a.w .. bonarlah ..bonarlah bonarlah ..

January 13, 2014

Lemparkan Balik Amalan Ke Muka Pemiliknya

Berikut ini sebuah hadis tentang IKHLAS yang disampaikan oleh Rasulullah kepada Saidina Muaz. Moga-moga kita dapat menjadi orang yang ikhlas dan segala amalan ibadah kita diterima.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah s.w.t yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”

Jawabku: “Ya Saidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila diambil perhatian olehmu akan berguna tetapi kalau tidak dipedulikan olehmu, kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan 7 malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak (setia) dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah, itulah riak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Saidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian, tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”


Jawab Rasulullah s.a.w: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.” 

Sejauh mana keikhlasan kita dalam setiap gerak kerja kita? Apakah sudah perbetulkan diri kita kembali? 

December 31, 2012

Ombak Taubat


Sojak Kembaro Ma'al Hijrah tempohari sejonak hambo mongitung hari dotik domi dotik seberapo banyak doso, kosalahan, kokhilafan seroto komaksiatan yang tolah hambo lakuan sopanjang pojalanan hidup ini. Mampukah hambo mempotanggung jawaban di hadapan Allah s.w.t, Sang Penguasa langit dan bumi ngan menerimo azab yang sangat porih? 

Hambamu ini datang padoMu. Tuntunlah hambo ko mano poie. Hambo tesosek dijalan ini, dak tahu laie arah kombali. Sudilah Engkau mau peduli. HamboMu ingek, dak akan dapek hidup selamonyo, suatu saat pasti akan borakhir. HamboMu ini dak ponah tahu bilo waktu Sakaratul Maut datang menjomput. Ya Allah Hu Ya Rabbku, yang memogang jiwo dan porasaan hamboMu ini.

HamboMu sodar dan hibo, ku yang ponuh doso tak tepori di saat moniti hidup sondiri. Bobagai onak dan duri ditompuhi. Leno dibuai mimpi dak pasti. HamboMu damboan solaut limpah kasih bekokalan untuk toruihan siso kohidupan. HamboMu memohon padoMu ponuh pengharapan Ya Allah Hu Ya Rahman.

HamboMu takuik pojalanan kabush menyolubungi. Kabur dek pandangan tiado sori, tosungkur di lorong sopi. Ya Allah Hu Ya Rahim, doa hambo panjekan, monangih bodoa ponuh koinsafan, menyosali dosoku lakuan, mongharapan inilah sebona Taubat Nasuha...Ya Ilahi Ya Rabbi, hamboMu ini menujuMu. Jiwo rago  hambo jadi belonggu, agar mondapek keredhoanMu, tujuan akhir jalan hidup hambo. 

Ya Allah Hu Ya Hayyu, hambaMu malu seroto kecewo ngan doso yang hambo ponah lakuan. Borilah kekuatan pado hambo yang lomah yang kurang yang jahil ini, Ya Allah Hu Ya Qayyum. Mudah²an segalo doso hambaMu ini diampunan dan dapek kombali kepadoMu seredhonyo.

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerimo Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripado segalo doso,
Tambahan kepadoku ilmu yang beguno,
Borianlah aku amalan yang dimakbulan,
Kurniaan kepadoku rezoki melueh,
Terimolah taubat hambaMu ini taubat nasuha

December 25, 2012

Golap ko Torang

Allah adalah Pemimpin bagi orang² yang beriman. Orang yang mempunyai kepercayaan yang teguh. Bila orang² itu betul² menganggap Allah itu Pemimpinnya, Allah pun menjamin mengeluarkannya dari gelap gulita kepada terang benderang. Gelap gulita kebodohan kepada kecerdasan. Gelap gulita kehidupan tak tentu arah kepada tujuan yang sejati. Sebaliknya orang² yang kafir yang tidak percaya kepada Allah, sebaliknya yang terjadi. Daripada terang benderang, ia akan dipimpin oleh Taghut, oleh kekuasaan² yang bukan bersandar kepada Allah, yang demikianlah mengeluarkan mereka dari terang benderang kembali ke dalam gelap gulita. 
Al Baqarah : 257
Oleh sobab itu, rohani manusio itu adolah molalui antaro golap dan torang kohidupan dan torang ko golap kohidupan. Kalau sokironyo jasmani kito, sokironyo badan kito yang lahir ni, dibori cahayo oleh matohari yang torbit di waktu pagi yang tebonam di waktu sonjo, rohani kitopun dibori juo torang oleh suatu yang lobih torang dari matohari. Iaitu potunjuk dan hidayat Tuhan. Tuhan memborian pujukan, memborian jiwo bosar kepado orang² yag boriman. Firman Tuhan, "Engkau ini adalah orang yang tinggi kalau engkau tetap memegang kepercayaan kepada Allah s.w.t". 
Ali Imran : 139
Di dalam hidup pojuangan di dunio ni, pojuangan antaro yang hak dongan yang bathil, antaro torang dongan golap, antaro koyakinan dan koraguan, manusio bojalan di sokitar itu. Di kiri dan di kanan kito bobalah antaro torang dan golap tu. Diborilah pedoman manusio tadi. Pedoman apo? Walau bagaimano hebatnyo geloronyo, taufannyo, ombaknyo dan gelombangnyo kohidupan itu, manusio musti toguh bepogang pado iman. Sobab kohidupan di dunio itu menurut peraturannyo ialah; tidak ado yang totap. Yang totap itu ialah borubah. Borubah itulah ketotapan yang berado di dalam dunio. Paneh amek torik, botul. Nanti akan hujan. Hujan amek lobek, bona. Nanti akan paneh. Di suatu tompek tojadi hujan lobek bohari-hari sehinggo timbul banjir, bona. Banjir itu tidak tiap² hari nanti io koring laie. Di laut pun domikian pulo, ado pasang naik tegonang ke ateh, esok pagi air itu dah koring laie, surut pasang. Begitulah kohidupan di dunio itu. Itu harus kito yakini supayo jangan torumbang-ambing dalam kohidupan itu. 

Kalau kito sudah mulai torumbang-ambing, tau² walau bagaimano torangnyo hari, golap timbul dalam jiwo kito sendiri. Walaupun paneh torik, kito bohujan, hujan oleh koringek kito sendiri. Jadi yang  di sini menjago hati sampai Rasulullah s.a.w bersabdo "Di dalam tubuh manusia itu ada suatu bekuan darah, kalau ini segumpal daging baik, seluruh badan jadi baik, kalau ia rosak seluruh badan jadi rosak. Apakah itu? Hati. Kendali terletak di dalam hati kita. Hati ertinya penuh, bukan saja berarti pada daging, tapi pada hati dari hati, isi dari hati atau juga akal kita. Hari diajarkan doa dari Rasulullah s.a.w bagaimano menjago hati ini. Di situ dalam doa itu ado tesobut ompek perkaro.

Min qalbin laa yaghsya 'u
Aku sangat berlindung kepada Engkau Ya Allah, janganlah sampai terjadi hatiku ini tidak khusyuk lagi. Ini bahayo ini, mulai bahayo mongancam kepado manusio kalau hatinyo tidak khusyuk laie. Hati khusyuk iaitu hati itu joleh tujuannyo kepado Allah. Allah menjadi pogangannyo. Allah menjadi bentengnyo. Allah menjadi ingatannyo. Allah menjadi tujuannyo. Dan kepado Allah kalau dio sembahyang, mongadapan diri, mongadapan hati, permohonan kito yang petamo, "Ya Tuhanku, janganlah sampai hatiku ini tidak khusyuk lagi".

Sebagai orang Islam kito sembahyang 5 waktu, di dalam Quran mengatokan, "Sembahyang itu ialah khusyuk  terpadu ingatan kepada Tuhan" tapi kalau hati kito sudah ditumbuhi oleh ponyakit, walaupun sembahyang, mulo jo "Allahu Akbar", fikiran dah menjalar kepado yang lain. Bintang bolum menerimo, hutang bolum bayar, makanan bolum masak, macam²lah toringek padohal kito dalam sembahyang. Apo arti sembahyang itu tadi. Ini sudah mulai bebahayo. Ramai orang yang tidak moniggalan sembahyang tapi tidak ado bokeh dari sembahyang itu kepado kohidupannyo.   

Didalam sembahyang kito baco, "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku hidupku dan matiku sama sekali terserah pada Allah". Ini dirasoan dalam hati bukan pecumo disobut kek mulut. Bukan sobagai satu yang digunoan sobagai penggosok mulut. Bukan bogitu. Yang dari hati. Kalau dari hati yang sudah khusyuk, ini bebokeh pado kohidupan. Aku tak takut mongadap segalo koadaan dalam hidup sobab hatiku bertali dongan Tuhan. Dari Tuhan aku datang, kepado Tuhan aku kombali. Ini namanyo hati yang khusyuk.   

Tapi sekironyo bacaan totap fasih tapi tidak ado laie dari hati molainkan kolaziman jo, bayangkan, 5 waktu sohari somalam, tapi tidak mongubah kepado porangainyo, tandonya sembahyang tadi tidak khusyuk. Kito minto pado Tuhan janganlah sampai kito tidak mompunyai hati yang tidak khusyuk, hati yang tidak toringek kepado Allah. Kalau hati tidak ingek laie kepado Allah, segalo pekerjaan yang tolarang sudah ringan jo kito kojoan. Menipu, berdusto, memujuk orang lain mengojoan pobuatan yang salah, mencolo, momaki. Itukan tidak ingek kepado Allah, cumo ingek pado diri sendiri juo. Inilah yang petamo. 

Yang keduanya aku berlindung kepada Engkau Ya Allah
Wamin ilmin laayan faa 'u
Dan daripada ilmu yang tidak membori manafa'at. Padohal yang disobutkan oleh ahli² ilmu yang membori manafa'at itu membawo manusio itu kepado iman. Sokarang sudah ilmu banyak tapi tidak membawo kepado iman melainkan membawo kepado celako. Sudah maju kopandaian orang, ilmu pengotahuan orang, ilmu teknologi orang, sains orang dsb, tapi tidak ado manafaatnyo kepado manusio. Cumo bahaya kerano ilmu yang tadi datang kepado manusia sebagaimano ilmu manusio di abad ke 20 yang sangat ponting iaitu tenaga atom. Timbullah bom. 

Bom atom. Bom hidrogen. Bom nuklear, sehinggo manusio diancam sokarang ni oleh bahayo atom itu di mano². Apobilo kito lihat di TV, bagaimano mengadoan demonstrasi di Australia, di German Barat, di tompek² lain molihat bagaimano bahayo atom itu kalau tojadinyo porang Dunia III, io goring. Bom atom yang jatuh di Hiroshima tu juo tiado artinyo dengan bom yang ado sekarang yang disimpan oleh negaro² bosa untuk monghancuran. Haa ini ilmu ini. Tetapi ilmu yang membawo bahayo bukan sajo tidak membori manafaat bahkan membori bahayo. Di sini teraso oleh kito bahawo ilmu yang ado itu mesti dikondalian oleh iman, kalau tidak nyawo manusio ni akan dipandang sobagai sampah jo. Umpamonyo dijatuhkan satu bom hidrogen ko dalam bandar kito, 'Na'uzubillahi minzalik', habislah ponduduk bandar ni yang bojuta, 'Laa haulawala quwwata illa billahi..' Mintolah pado Tuhan, 'Ya Allah majulah ilmu manusia, majulah teknologi manusia, totapi janganlah komajuan itu membawo kepado bahayo. Jangan ilmu pongetahuan itu membawo kepado yang tidak membori manafaat. Kepado Allah Tuhan sekian alam. Inilah doa yang kedua.

Yang ketiga disebut, aku berlindung kepada Engkau Ya Allah
Wamin nafsinlaa tashba 'u
Daripado nafsu. Daripado diri tiap dari masing² ini yang tidak meraso konyang. Ini juo bahayo bosar. Inilah yang monimbulan ponjajahan pado dunio. Setolah porang Dunio II, tolah banyak negori² yang tolah merdeka, tetapi sokarang timbul laie ponjajahan baru. Apo? Ponjajahan fikiran. Sehinggo bangso yang merdeka tadi, tidak laie merdeka fikirannyoa. Dio merdeka dalam moniru bangso yang lobih kuek. Itu namonyo sudah tojajah. Jadi apo pangkalnyo ini? Daripado nafsu sorakah manusio. Sobagaimana Nabi s.a.w bersabdo, "Kalau manusia itu mendapat satu lembah yang penuh dengan kekayaan, ia ingin mendapat suatu lembah lagi yang penuh dengan kekayaan. Dapat dua lembah dimintanya tiga lembah lagi yang penuh dengan kekayaan. Nafsu manusia tidak pernah kenyang. Padahal akhirnya kalau dia sudah menutup mata, tidak ada yang akan memenuhi perutnya melainkan tanah."  

Diri manusio yang tidak pornah meraso konyang. Kito borkohondak tidak bobatas tapi tenago kita sendiri bobatas. Ini yang tidak difikiran oleh manusio. Dio punyo angan², dio punyo somacam teori yang dikeluaran, dio lupo nanti tenagonyo akan tobatas sokali. Kerano sakit, kerano lapar, kerano tuo sobagaimana pepatah nenek moyang kito, "Tando² dikirim untuk boritahu kito tidak akan lamo laie di siko. Apo? Rambut, gigi, kulit dan mato.
Mato sudah mulai kabur
Uban sudah mulai botabur
Gigi sudah mulai gugur
Kulit sudah mulai kondur
Hati sudah mulai kotuk pintu kubur
Barangkali manusia lupo yang kelimo ini. Sobab itu disobut, "Ya Allah lindungilah aku dari nafsu yang tidak mahu kenyang² itu".

Yang keempat disebut, aku berlindung kepada Engkau Ya Allah
Wamin doa illaa yusma 'u
Berlindung dari doa yang tidak didongar lagi. Ini lobih berbahayo laie. Ini sudah puncak dari bahayo. Apo ertinyo? Laa ilaha illa Allah. Mendoa², "Ya Allah.. Ya Allah..Beri aku ini, beri aku kesempatan", tetapi tidak didongar laie. Ado Nabi s.a.w bersabdo, "Badan sudah penuh dengan kekotoran, penuh debu yang menadahkan tangan keduanya ke langit, Ya Tuhanku..Ya Tuhanku tolonglah aku Ya Allah bela aku, padahal yang dimakan haram, yang diminum haram. Dibesarkan dengan yang haram. Dengan jalan apa Allah Taala akan mengabulkan doa itu." Badan kotor mengadap kepado yang Bersih meminto yang borsih. Bagaimano caronyo? Allah berfirman, "Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka.."
aLi Imran : 77 
Macam² yang kito minto, pado Tuhan. Tapi kalau doa itu sudah tidak dipodulian laie oleh Tuhan, apo celako kito, apo dayo kito, apo upayo kito? Di sini kito lihat, apo sobab doa kita tidak didongar oleh Tuhan, tidak dipekonanan oleh Tuhan. Tontu jo bukan dari salah Tuhan molainkan dari salah kito sendiri. Di dalam Quran mengatoan, "Kepada Engkau aku menyembah dan kepada Engkau aku memohon pertolongan." Tapi dongan tidak sodar korapkali kita bebuat tobalik, "Kepado Engkau aku mohon pertolongan dan kepado Engkau aku menyombah". Minto tolong dahulu baru menyombah. Minto tolong banyak² tapi terimokasih tidak ado. Tontu jo tidak didongar oleh Tuhan. 

Di dalam satu hadis menyobut, "Badan sudah kotor, sudah berkerumit, kesusahan kegelisahan kehidupan terbayang kepada tubuh sendiri, lalu menadahkan tangan ke langit meminta kepada Allah, Ya Tuhanku..Ya Tuhanku. Bagaimana Tuhan dapat mengabulkan dengan fikiran yang kotor kau mengadap Tuhan". Kalau tidak terkabul jangan Tuhan yang disalahi. Hatimu sondirilah yang disalahi. Apo yang kau pobuat kepado Tuhan? Bilomano tedosak kau ingat pado Tuhan. Di zaman kosenangan kau lupoan pado Tuhan. Di dalam mendapek percobaan kau merengek mongadu pado Tuhan. Jiwo yang seperti ini janganlah sampai timbul pada diri kita sendiri. Sengsara rasanya kalau ketika kita bosalaman dengan orang bosa yang bopangkek, orang itu tidak mahu momandang kito. Apo salah kito dio bogitu, mengapo tidak kito yang dipandang? Sodangkan dongan manusio laie bogitu porasaan kito, bagaimano dongan Tuhan kalau Tuhan tidak mahu molihat kita? Allah tidak mahu momandang sebolah mata pun, tidak mahu bocakap dengan kito sepatah pun. Langit mano tompek kito bonaung, bumi mano tompek kito bopijak kalau sudah domikian koadaannyo. Inilah yang dijago dalam doa yang ke ompek ini. 

Berdoalah pado Tuhan supayo hati kito sentiaso tebuko, Hati janganlah sampai tidak khusyuk, ilmu janganlah sampai tidak bomanafaat, jiwo yang tidak pornah konyang dan doa yang tidak didongar. Ya Allah dongarkanlah doa kami. Mogo² Allah memborian kepado kito hati yang torang. Sobagaimano kita tahu, doa itu adalah mohon ibadah, tulang sum² kepado ibadat kito sendiri kepado Tuhan. Segalo pobuatan kito patrian dongan doa, mudah²an  dongan harapan diizinkan oleh Allah disampaian maksud kito. Tunjukkanlah kami jalan yang bonar dan bori kami torang dalam kohidupan ini. "Allahlah jadi Pemimpin bagi orang² yang beriman sehingga dibawa oleh Dia dari gelap kepada terang benderang. Tetapi kepada orang² yang sudah tidak ada kepercayaannya kepada Tuhan, yang menjadi pemimpinnya bukan Tuhan tetapi Setan, yang akan membawa orang² itu daripada terang benderang ke dalam gelap gulita". Kito jadi me-rabo² dalam golap kohidupan. Dalam merabo itu masih ragu ko mano akan poie, maut pun datang. Golap selalu. Di dunio pun golap. Di akhirat pun golap. 

Di dalam pojalanan hidup, di dalam koistirehatan hidup semogo mendapek kotetapan hati dan tomakninah.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah

December 22, 2012

dengan Mu aku Tenang

Tuhan sentuh aku
Dengan cinta-Mu
Basuh rindu
Dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba
Di fatamorgana dunia

Tuhan ampun
Bila hamba terlena
Harungi sang hidup
Nenangis tercenung
Nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon
Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu
aku tenang..aku tenang..aku tenang

December 20, 2012

aKu Laie Tera


Pabilo orang betanyo .. aKoo jawab macam nia lah yo, yang kono buek dulu Minannas barulah Minallah tapi kono utamokan Minallah dulu baru Minannas. Bilo botambahnyo manusio itu kesolehannyo, samo ado dari jalan bolaja atau boibadah. Ngan bolaja macam membaco atau momahami masalah atau ngan boibadat macam besolat malam dan berposo. Bukti kejujuran amalan eh itu bukan jo pado penampilan eh tapi joleh pado akhlak eh sorto pergaulan eh. Bukti ndak jujur amalan eh tu tak nampak pado akhlak eh bahkan yang joleh sobalik eh. 

Tiap kali banyak buek ibadah, tiap kali tu juolah banyak kepuraannyo. Mogo Allah membori potunjuk pado mereko ni. Tiap kali banyak bokomitmen dalam agamo, tiap kali tulah botambah korut wajah eh, tiap kali tulah dio membatehan diri dari beberapo kelompok manusio, tiap kali itulah banyak menghino kelompok-kelompok masyarakat, tiap kali tulah botambah kasar sesamo keluargo tedokek yang kurang montaati agamo. Dari mano datang semuo ini?


Ciri Iblis bosifat 'Aku Lebih Baik Dari Dia'. "Kau telah ciptakan aku dari api dan telah ciptakan dia dari tanah"
aL 'Araf : 12
Tapi ciri Nabi Muhammad s.a.w sentiaso botambah ketakutan pado-Nya, botambah tawaduk, botambah kasih sayang macam yang selalu kito dongar. Juo boramah sesamo makhluk. 

Bukanlah sebogini koadaan orang bokomitmen dalam agamo. Sobab eh tiado pertalian antaro caro ibadah dio lakukan atau caro ahli ilmu ngan hakikat yang sebonanyo, pertalian hati ngan Allah s.w.t. Jadi kito semuo memerlukan pegaulan bersamo orang-orang soleh, agar kito dapek melihat pado kejujuran hati ini, agar dapek muhasabah diri ini dongan ponuh kejujuran.

Wahai mereko yang tolah Allah muliokan dongan selalu berulang-alik ko masjid, apokah hasil yang kamu dapek dari eh? Pandangan yang macam manokah kamu lihek pado mereko yang di luar masjid? Tontu kamu akan kelua dari masjid setolah selosai ibadah kamu. Kamu akan bejumpo di jalanan pemudo-pemudo dongan kelakuan yang buruk. Yang ini dongan kelakuan eh meninggikan soro mengganggu orang di sekeliling eh, dan tak poduli dongan soro-soro yang menogonyo, bagaimano kamu mandang mereko? Hmm?

Adokah kamu akan mandang ngan pandangan boleh kasihan seroto kasih sayang? Tadi baru yo kamu dongar nasihat-nasihat "Ya Allah seperti mana Engkau telah dengarkan nasihat ini kepadaku serta memberi petunjuk padaku, dengarkanlah juga kepada mereka dan tunjukilah mereka." Pobilo kamu linteh dopan mereko, sonyumlah pado mereko dan ucapkanlah "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh." Kamu toruih jalan ngan tonang. Tekosan di hari mereko mengikut apo yang kamu buek tu. 

Setolah mano keluar dari kuliah agamo, teraso diri ponuh ngan kesolehan, banyak montela'ah kitab, besolat jemaah, kemudian keluar dan dapati mereka-mereka itu .. "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam." "Aku berlindung dengan Allah, eh apo ni?" Mandang mereko ngan pandangan kohinaan. Caro begini bukan eh caro bolindung dari maksiat. Bukanlah bogini caro menjauhi eh. Bukanlah ini caro eh. Bebezo antaro ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w ngan ilmu yang diajar dek Iblis. 

Ado kisah menyobut pasal sorang penuntut ilmu beraso ragu samado ingin momasuki kelas agamo yang ini atau yang itu. Dio melihek 2 kumpulan pongajian ilmu yang berbezo. Kelas ini kato kami bolaja aL Quran dan hadis dan kelas itu juo bolaja aL Quran dan hadis. Dio tepakso memilih ko kelas yang ini atau kelas yang itu. Lantas dio poie jumpo sorang yang soleh untuk membuek pemilihan baginyo. Orang soleh tu bawo pemudo ni poie ko keduo-duo kelas ni. 

Mereko beduo masuk ko kumpulan yang petamo dan bodiri. Orang soleh ini buek macam tu kerano untuk mongetahui kelas mano yang harus dio ikuti. Mereko beduo bodiri di kelas kumpulan petamo dan ketiko itu syeikh sodang mongajar. Ketiko mano syeikh tu melihek keduo mereko sodang bodiri, syeikh tu kato, "Duduk! Kenapa kamu berdiri?!!" Orang soleh tu kato, "Aku tak nak duduk kat kelas kamu ini." Syeikh tu tanyo, "Kenapa kamu tak nak duduk?!" Orang soleh tu kato, "Dalam hati aku ada tak puas hati dengan kamu." Syeikh tu baleh, "Dan aku juga sangat-sangat tak puas hati dengan kamu! Keluar syaitan, jangan kamu merosakkan kelas ini!!" Pemudo tu kato, "Jom kita keluar sebelum kena pukul."

Kemudian mereko poie ko kumpulan kelas yang keduo, juo dalam koadaan bodiri. Ketiko itu syeikh keduo tu topandang mereka yang bodiri, "Mengapa kamu berdua tidak duduk?" Pemudo tu kato, "Aku tak nak duduk dalam kelas kami ini." Syeikh tu tanyo, "Kenapa?" Pemudo kato, "Aku ada tak puas hati dengan kamu." Lantas syeikh tu menutup wajah eh lalu monangis dan bokato, "Sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali, aku memohon pengampunan dan bertaubat kepada-Nya.Mungkin Allah telah membukakan kepada kamu keaiban aku yang telah disembunyikan. Aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya." Dan syeikh teruih monangis.

Dan orang soleh yang berdiri tu menoleh pado pemudo yang botanyo padanyo tadi. "Haa, kelas mana yang kamu nak duduk? Sini atau sana?"  Kalau ekaulah kan mano ekau nak pilih? Ciri orang yang soleh joleh kolihatan pado akhlak orang yang soleh. Jiko morasai porlu membuek pilihan, orang ni kato mereko dalam bonar dan orang yang itu pulo kato merekolah bonar. Caronyo liheklah pado akhlak mereko. Di manoa adonyo akhlak yang mulio, tandonyo di situ adonyo agamo. Di situlah tando adonyo ilmu. Sekironyo tiado di situ akhlak yang mulio, tiado juo di situ agamo dan ilmu. 

Tidak mungkin dongan agamo itu tanpo ado akhlak yang mulio. Tidak mungkin dongan bosifat kesolehan itu, dongan tiado akhlak yang mulia. Tidak mungkin tojadinyo ilmu itu tanpo akhlak yang mulia. Setiap yang berilmu dan yang beragamo, jiko tidak tozahir padonyo akhlak yang mulia, di situ ado kecacatan pado orang yang berilmu dan yang beragamo. Inilah ciri eh.

Jangan kito tofikir momandang pado orang lain. Pandang kepado diri kito untuk mompebaiki diri di antaro kito dongan Allah s.w.t, Jadi bolakunya kocacatan pado orang yang berilmu dan beragamo mungkin kerano topisah darinyo kofahaman makno kesolehan tontang akhlak pogaulan atau dongan apo sebab eh? Sobab tpisahnyo dari kelompok masyarakat yang memuliokan orang yang beragamo dari yang lain dan yang torakhir yang kito dapek sebonta tadi apo dio? Lihek kosan-kosan kesolehan pado diri. Iaitu melihek hasil kesolehan yang lahir dalam diri dan bagaimano maju terhadapnyo.

Bagi sesiapo yang botambah hebat dalam kesolehannya, tando dio tolah mondapek hakikat kesolehan serto komajuan. Ponah Rasulullah s.a.w bersabdo pada para sahabatnya menunjukan sorang yang miskin lobih baik dari mereko yang memiliki dunia seisinya kerano imannya lagi takwa serto jujur kepado Allah. Dan ketiko Rasulullah botanyo pado sorang lelaki yang soring dipuji ramai kerano rajinnyo bersolat malam, poso pagi hari, menjago bondo ini, bekojo macam ini, "Wahai lelaki, adakah kau berbicara dengan diri kau ketika kau masuk ke masjid bahawasanya kau lebih bagus dari orang lain di dalam masjid ini?" Lelaki tu menjawab, "Ya." Rasulullah bersabdo, "Sesungguhnya aku nampak pada wajah kau ada bintik-bintik hitam dari syaitan."

Inilah dio eh ciri eh, peratikan dalam diri. Jangan menilai diri ado sosuatu yang lobih baik dari orang lain. Agamo kito ni agamo yang boradab dongan Allah Ta'ala yang menghasilkan akhlak mulio tohadap makhluk-Nya. Jadi untuk itu, kito muhasabah diri kito tohadap kesolehan yang kito perolehi. Sobabnyo jiko kito muhasabah tohadap diri, kito raso memerlukan kepado akhlak yang mulio. Kito mohon dari Allah mendapek kosempurnaan taufiq.

Ya Allah yang maha memberi petunjuk kepada kebaikan dan membantu hamba-Nya ke arah kebaikan, berilah petunjuk kebaikan kepada kami dan bantu kami ke arahnya, Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illa Allahu Akbar, berilah petunjuk kepada kami terhadap nasihat ini untuk sentiasa bersungguh kembali kepada-Mu, turunkanlah kepada kami pemberian-Mu dan berkatilah kami, lindungilah segala keadaan mereka dan kami dan terimalah serta muliakanlah mereka dan kami dan lindungilah dan hilangkanlah kegelisahan ahli kalimah Laa ilaha illa Allah di Timur dan di Barat wahai Tuhan sekalian alam 

December 9, 2011

Alhamdulillah

At the moment time stood still,
Nothingness
Dimension blinds the eyes..deafened the ears
And the body becomes empty
Whistl world paradigm's not being used to ponder
Realising Your existence
Breaking all joints that usually stands by themselves



November 15, 2011

Kata Dulang


Semua penyelewengannya, akan semua perbuatannya yang menyakiti hati, menimbulkan penyesalan yang amat hebat, yang menghentak-hentak di hati, yang menghimpit hati dan mendatangkan kedukaan dan kekecewaan serta penyesalan yang hampir tidak kuat ditahannya dan yang membuat beberapa kali hampir mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri saja. Hidup ini rasanya seperti dalam neraka. Bertahun-tahun menderita, rasa rindu yang menggerogoti kalbu, penyesalan diri yang amat mendalam, kemudian rasa khuatir kekasih mungkin kini telah melupakan, bahkan mungkin sekali kini telah menjadi isteri orang. Semua ini membuat keadaan batin makin lama makin lemah dan tertekan. 

Sepintas lalu kita akan merasa kasihan. Namun kita lupa betapa kita sendiri pun hampir setiap hari menghadapi hal-hal yang sama atau tidak jauh selisihnya dengan keadaan itu. Hidup di dunia ini begini penuh kesengsaraan, begini penuh konflik dan duka nestapa, hanya kadang-kadang, saja kita dapat menikmati kebahagiaan selintas seperti cahaya kilat diantara awan mendung yang memenuhi angkasa kehidupan. Kalau kita mau membuka mata melihat kenyataan, di seluruh dunia ini penuh dengan konflik, kebencian, dendam, permusuhan yang tak kunjung habis, bahkan yang kadang-kadang meletus dalam perang yang menewaskan ratusan ribu orang manusia. Bunuh-membunuh, dendam-mendendam yang terjadi di dalam dunia kita ini, dalam zaman moden dan ‘maju’ ini, ternyata jauh lebih hebat dan mengerikan daripada yang terjadi dalam cerita-cerita.

Di dalam kenyataan hidup sehari-hari, kita semakin menjauhi Ketuhanan dan perikemanusiaan. Ketuhanan dan perikemanusiaan hanya menjadi hiasan bibir belaka bagi kita, hanya kita dengang-dengungkan sebagai slogan-slogan kosong. Kenyataan pahit ini harus kita hadapi dengan mata dan telinga terbuka dan untuk menyelidiki kebenarannya, kita harus membuka mata mengamati diri kita sendiri. Benarkah kita ini ber-Tuhan? Benarkah kita ini berperikemanusiaan? Tak perlulah untuk menilai orang lain apakah dia atau mereka itu ber-Tuhan atau berperikemanusiaan, kerana penilaian kepada orang lain itulah yang membuat kita menjadi palsu, yang membuat kita menggunakan pengertian ber-Tuhan dan berperikemanusiaan itu untuk menyalahkan dan menyerang orang lain. Marilah kita mengamati diri kita sendiri.

Kita semua mengaku beriman, kita semua mengaku ber-Tuhan tetapi mari kita singkirkan semua pengakuan yang tidak ada arti dan gunanya ini, melainkan kita mengamati batin sendiri apakah benar-benar kita ber-Tuhan. Kalau kita benar-benar ber-Tuhan, sudah tentu setiap saat kita waspada, setiap saat kita sedar Tuhan mengamati semua perbuatan kita, mendengarkan semua suara hati dan mulut kita. Sebaliknya, kalau kita ber-Tuhan hanya di mulut belaka, terjadilah seperti yang sekarang ini terjadi di dunia, di antara kita semua, iaitu dalam keadaan menderita saja kita ingat kepada Tuhan, sedangkan waktu selebihnya kita lupakan begitu saja, lupakan dengan sengaja kerana kita haus akan kesenangan dan Tuhan kita anggap sebagai penghalang kesenangan. Dapatkah kita hidup ber-Tuhan bukan dengan kata-kata kosong, pengakuan mulut, melainkan dengan sepenuhnya, secara mendalam, mendarah daging dan nampak dalam setiap gerakan, ya, bahkan setiap tarikan nafas kita? Dapatkah? Yang menjawab hanya bukti pada diri kita sendiri kerana semua jawaban teori hanya kosong melompong tanpa erti. Penghayatan dalam kehidupan setiap saatlah yang menentukan segalanya.

Kita selalu ingin disebut sebagai orang yang berperikemanusiaan. Betapa menggelikan dan juga menyedihkan. Seolah-olah perikemanusiaan hanya semacam cap atau semacam hiasan belaka. Pernahkah kita meneliti mengamati diri sendiri lahir batin apakah kita ini berperikemanusiaan ataukah tidak. Adakah api ‘kasih’ bernyala dalam batin kita? Tidak ada. Api itu padam sudah. Yang ada hanya abu dan asapnya saja yang membutakan mata. Yang ada hanyalah pengejaran wang, kedudukan, dan pengejaran kesenangan jelas meniadakan cinta kasih. Pengejaran kesenangan memupuk dan membesarkan si AKU yang ingin senang dan makin besar adanya si AKU, makin jauhlah sinar cinta kasih dari batin. Semua itu, yang nampak demikian gemilang dan menyilaukan, yang nampak demikian menyenangkan, sesungguhnya hanyalah lorong lebar menuju kepada kesengsaraan hidup. Memang, kita boleh tersenyum mengejek dengan sinis, boleh saja. Kita semua seperti dalam keadaan buta selagi mengejar-ngejar kesenangan yang kita namakan dengan istilah-istilah muluk seperti kemajuan dan sebagainya.

Bilakah kita akan sedar hidup tanpa cinta kasih tidak mungkin membuat kita hidup ber-Tuhan dan berperikemanusiaan? Ber-Tuhan berarti hidup penuh sinar cinta kasih. Berperikemanusiaan berarti penuh cinta kasih. Dunia penuh konflik, penuh kebencian, penuh pertentangan dan permusuhan, penuh pemberontakan dan peperangan, namun kita masih selalu bicara tentang damai tentang perikemanusiaan dan sebagainya. Sama dengan membicarakan tentang bunga dan buah selagi pohonnya sakit dan gugur.
Kho Ping Khoo

November 11, 2011

Rumput Hujau Dan Pagar

Seperti burung. Alangkah senangnya, terbang bebas lepas tanpa ada yang mengikat. Kita agaknya tidak mendengar keluhan burung itu. Apa dia hanya berkicau riang. Apakah dia mengeluh, dan apa yang dikeluhkannya? Kalau burung sudah kelelahan terbang, kepanasan, kehujanan, akhirnya dia mengeluh, merindukan sebuah sarang di mana dia dapat beristirahat dengan tenang dan aman.

Memang selama manusia belum dapat bebas dalam arti yang sebenarnya, dia akan selalu merindukan sesuatu yang tidak atau belum ada. Tidak hairan apabila manusia yang tinggal di tepi laut merindukan keindahan alam pergunungan, sebaliknya mereka yang tinggal di lereng gunung merindukan keindahan pantai lautan. Manusia yang belum bebas selalu menganggap keadaan orang lain lebih menyenangkan daripada keadaan diri sendiri, milik orang lain lebih menarik daripada miliknya sendiri, dan selanjutnya. Pendeknya, yang terbaik dan terindah itu selalu berada di SANA, sedangkan yang berada di SINI selalu membosankan, buruk dan tidak seindah yang di sana. Hanya kalau orang sudah benar-benar bebas daripada permainan fikiran yang mengejar kesenangan, kalau sudah bebas dari bayanganbayangan kesenangan masa lalu yang menjadi kenangan, bebas dari penilaian, bebas dari perbandingan, dia dapat membuka mata dan memandang dengan wajar, memandang dengan waspada dan dengan penuh perhatian, sepenuh perhatiannya, kepada apa adanya di saat ini. Kalau sudah dapat memandang seperti itu, setiap saat terhadap apa yang ada, tanpa dikotori perbandingan dan penilaian, batin tidak lagi digoda oleh bayangan-bayangan yang hanya men-datangkan pengejaran kesenangan dan akhirnya menuntun kita kepada kebosanan, kekecewaan dan kesengsaraan.

Hanya kalau mata kita terbuka dan mengamati apa adanya setiap saat, akan nampaklah segala yang ada pada apa adanya itu. Apabila dalam penglihatan hasil pengamatan ini masih ada ini baik dan 'menyenangkan', 'Itu buruk dan tidak menyenangkan', pengamatan itu pun akan menjadi kotor dan ternoda kerana yang berkata baik atau buruk, itu bukan lain adalah fikiran yang selalu menjangkau kesenangan. Dapatkah kita mengamati segala sesuatu yang terjadi, baik di luar maupun di dalam diri, mengamati segala macam benda di luar kita dan segala macam gerak-geri tubuh kita, kata-kata kita, fikiran kita, tanpa penilaian, tanpa perbandingan dan hanya pengamatan saja yang ada, tanpa adanya si aku atau fikiran yang mengamati? Pengamatan seperti ini bebas dari baik buruk atau susah senang, pengamatan seperti ini melahirkan tindakan-tindakan wajar yang tidak dipengaruhi untung rugi. Pengamatan seperti ini adalah bebas, dan hanya dalam kebebasan inilah cinta kasih dapat menembuskan sinarnya.
Kho Ping Khoo

June 26, 2011

Apa Ada Pada Nama

Bak kata Ramly Sarip .. antaranya - Jangan kau pandang bibir yang manis..Jangan kau pandang wajah yang indah..Aku menulis bukan kerna nama..Kerna sifat kasih..Kita sama semuanya sama..Apa yang ada hanyalah kehidupan..Jangan kau dengar puisi dusta..Dengarkanlah puisi di pusaka..Yang telah turun temurun hari ini...

Apakah kita suka dipanggil Hoi..Hoi? Tentu kita melentingkan. Bak kata Singh Jaga dalam cerita Seniman Bujang Lapok .. apa ingat kita nih kayu ka batu ka panggil Hoi..Hoi.

February 23, 2011

Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

February 1, 2011

Pesanan Penjaga Makam Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

August 20, 2010

Mari Membaca

Agaknya dalam 10 orang yang suka membaca, aKoo rasa adalah dalam 9 orang agaknya. aKoo sering jumpa ramai yang membaca sehinggakan orang buta pun aKoo pernah jumpa membaca .. heehee .. braile.

Ada yang suka membaca suratkhabar. Isk kalau pagi tak dapat baca, kecanduan pulak .. heehee pernah jumpa orang macam ni? Ada yang suka baca novel, suka baca majalah, tak kiralah novel cinta ker atau majalah remaja, mistik, mastika, komik. Janji suka baca. Memang bagus duk suka membaca ni. aKoo sokong .. tapi .. TAPI lagi?

August 14, 2010

Kenapa aKoo Termenung

"DoL apa ko buat sini!!!" .. oPocot lahabau nangkene nangkono *$#@&^*% .. ATAU .. oPocot ....... 'DusyuM'. Pernah alami kena sergah macam ni tak? Antara dua pocot tu .. aKoo lebih kepada yang terkemudian .. tangan aKoo akan mencari mangsa secara auto. Mana mamat aTo minah yang nak rasa .. try lerr sergah dasat koner baring punyer .. Tapi .. eh ada tapi pulak .. heehee aKoo bukan nak cerita pasal latah tuuu .. nay nay nay .. aKoo nak cerita pasal 10 minit sebelum aKoo disergah.

August 10, 2010

Ramadan

Aug 11, 2010 .. Ramadan datang lagi. Heh macam biasa aKoo tak sedar pun minggu ni dah kena berpuasa sebulan .. larat ker idak .. heehee terpulanglah. Kalau tahun lepas anak sulong aKoo berjaya melepasi sebulan .. training terus penuh. Tak macam aKoo dulu .. tak sampai seminggu pon bertahan .. macam-macam alasan .. kengkadang tu puasa di mulut jerr tapi di mulut jugalah aKoo teguk air paip ketika basuh muka waktu tengahari di sekolah rendah. Balik umah muka lembik puasa konon .. heehee dulu ..

July 28, 2010

TALQIN KIAMAT - IMAM MAHDI

Petikan yang aku jumpa di web beberapa tahun dahulu .. hmm .. benarkah
Wahai insan Allah, anak kepada 2 hamba Allah, cucu cicit Adam dan Hawa, kini kamu memasuki ambang Kiamat, di mana Kiamat benar-benar akan berlaku, dengan satu petanda yang dahsyat, kamu semua akan mati.

July 27, 2010

SmS Dari Adik

Angah
Kita ni kurang sangat berbakti pada mak dan ayah. Jarang tengok mereka walaupun duduk dekat. Nak hulur, kita pun takda sangat. Tapi bila ada lebih sikit, kita lalai. Sebab tu rezeki pun jadi mahal

Angah
Marilah kita ubah sikap kita sementara mereka masih hidup lagi. Tanggungjawab angah kat mak ayah takkan putus.

Lagi satu, sudah²lah jadi mat salih tu, jadi Islam setengah. Dahla tu. Sembahyang. Anak-anak makin membesar. Angah pun bukan muda lagi.

D pon dah tak mau tinggal solat dah. Jadi sama-samalah kita ubah diri

ps: Terimakasih adik aKoo .. D .. sama²lah kita hayati hidup sementara ni