Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

June 8, 2011

Bangsa MiM 01

Huraian kali ini adalah ambilan dari beberapa laman dan blog. Penggunaan bahasa dari laman dan blog tersebut, oleh itu terdapat perbezaan olahan dari segi tatabahasa. Senangkan. Malas aKoo nak susahkan diri memikirkan apa ayat yang sesuai untuk mengkisahkan siapa bangsa MiM nih. Nak lebih tahu, silalah ke laman dan blog yang dimaksudkan. Tujuan untuk kajian sendiri, tapi macam biasa .. Pokok Dek Kaulah.

Arakian tersebutlah kisah satu bangsa yang dihilangkan, lena ditidurkan di ‘Hujung Buana’. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Benarkah tiada siapa yang tahu?

February 15, 2011

Asal Usul Melayu 1

Pakaian Diturunkan Untuk Menutup Aurat Adam

Bangsa Melayu dianggap oleh para sarjana sebagai bangsa yang misteri asal-usulnya. Hingga kini belum ada konsensus mengenai hal tersebut. Misterinya asal-usul Melayu dan rumpunnya yang menduduki 60 peratus dari permukaan bumi dari daksina ke paksina sudah tentu menarik untuk menjadi bahan kajian. Saya paparkan kajian peribadi saya sendiri berkaitan Melayu untuk renungan anda dan kajian selanjutnya oleh para sarjana.
Petikan Dari - Megasutra

Asal Usul Melayu 2

Teknologi Maju Di Zaman Nuh AS
Faktor umur dan iklim bumi sebelum taufan Nuh a.s. dipercayai antara penyebab teknologi manusia silam mencapai tahap yang amat hebat, bukan mundur sebagaimana dakwaan Darwin. Nabi Adam a.s. dikatakan hidup selama 930 tahun, anaknya Nabi Shith lahir 23 tahun setelah Adam diturunkan ke bumi. Nuh a.s. pula hidup selama 950 tahun, semasa banjir besar umurnya 600 tahun. Pada masa sebelum banjir, umur anak-anak Adam secara purata ialah 900 tahun. Umur yang panjang ini memungkinkan mereka belajar begitu banyak ilmu pengetahuan mengenai bumi dan langit serta mencipta berbagai ciptaan baru. Mereka tentu tahu mengenai semua galian, serta tahu juga bagaimana untuk menghasilkan logam dan tembaga, paling kurang pun mereka telah belajar dari Adam a.s.

Asal Usul Melayu 3

Asal Usul Yang Dianggap Misteri

Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam (sebelum dan selepas taufan Nuh a.s.) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga telah berkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia paling kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan yang terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab Hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang (besar kemungkinannya teknologi ini diwarisi sejak sebelum taufan Nuh a.s. oleh seseorang yang menaiki bahtera), adalah antara bukti-bukti bahawa manusia zaman silam selepas taufan Nuh a.s. juga telah mencapai tahap teknologi yang amat maju tetapi telah dihapuskan dari muka bumi.

Asal Usul Melayu 4

Maksud Melayu Ialah Orang Bukit

Menurut Prof Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa nama ‘Melayu’ berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ‘hijrah atau lari’ ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese atau Tanah Emas) ataupun pendapat menyatakan Melayu bermaksud ‘layu’ atau dari perkataan Perancis ‘malaise’ hanyalah satu hipotesis yang terbukti tidak benar kerana menurut beliau, perkataan ‘malaya’ dalam Sanskrit dan ‘malai’ dalam bahasa Tamil bermaksud bukit (Sastri 1949).

Asal Usul Melayu 5

Melayu Bukan Dari Bangsa Cina

Sulalatus Salatin mencatat bahawa Melayu berasal dari Bukit Siguntang Mahameru, dan ini mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan agama Buddha Mahayana zaman silam. Bukit Siguntang letaknya disebelah Barat kota Palembang. Bukit yang tingginya sekitar 27 meter dari permukaan laut ini, pada zaman Sriwijaya merupakan tempat suci bagi penganut agama Buddha. Menurut sejarah, di bukit ini bermukim sekitar 1000 pendeta Buddha. Hingga kini Bukit Siguntang masih dianggap sebagai tempat yang dikeramatkan. Pada tahun 1920 di Bukit Siguntang ditemukan arca Buddha bergaya Amarawati dengan wajah iras Srilanka dan diduga berasal dari abad XI Masehi. Dipuncak bukit terdapat kuburan kuno yang dikeramatkan penduduk. Salah satunya adalah kuburan Sigentar Alam yang dijadikan tempat bersumpah beberapa penziarah.

Asal Usul Melayu 6

Rumpun Melayu Adalah Bangsa Yang Besar

Melayu telah wujud di Nusantara sejak dari zaman Nabi Nuh a.s iaitu selepas banjir besar. Ini adalah kelompok asal yang digelar Funan (Hitti) oleh orang China silam. Kemudian lahir pula kelompok kedua iaitu keturunan Ibrahim a.s dari isterinya Keturah (besar kemungkinan orang Melayu Champa di Kemboja). Dikatakan bahawa Ibrahim lahir 1,948 tahun iaitu hampir 20 kurun setelah Adam a.s. dan 892 tahun atau hampir 9 kurun setelah Nuh a.s. Perhatikan bahawa tempoh 20 kurun itu hampir sama dengan jangkamasa sejak Nabi Isa a.s dilahirkan hingga hari ini – satu jangkamasa yang amat panjang.

Asal Usul Melayu 7

Melayu Keturunan Ibrahim Khalilullah

Kumpulan Melayu-Proto anak cucu Nuh a.s. telah ada di Nusantara sejak seawal 5,000 tahun lampau sementara Melayu-Deutro anak cucu Ibrahim a.s. pula kira-kira 4,000 tahun lampau. Satu lagi kelompok dikatakan telah mengikut jalan laut (dikatakan dari Kanaan) dan mendarat di Palembang (inilah tempat kerajaan Srivijaya yang besar itu). Kelompok ini mungkin sampai lebih lewat tapi juga sudah lama, mungkin sekitar 3,500 tahun lampau. Rumah Melayu (istana Pagar Ruyung dan rumah Minangkabau) dikatakan sama bentuknya dengan rumah-rumah di Kanaan pada masa itu iaitu tinggi tiangnya dan melengkung bumbungnya.

Asal Usul Melayu 8

Bani Jawi Adalah Anak Qatura

Ada ulama’ Kemboja menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. pernah ke Kemboja untuk mengembangkan Islam dan telah berkahwin di sana. Tidak diketahui siapakah nama isterinya di Kemboja itu, mungkin itulah Keturah yang dikatakan tidak diketahui asal-usulnya oleh Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani. Memang orang Cham (Champa) di Kemboja sekarang ini adalah Melayu. Sama ada Bani Jawi ini telah berpindah ke Timur dari Kanaan ataupun sebenarnya Ibrahim a.s. sendiri berpindah ke Kemboja, berkahwin dan kemudian memerintahkan anak-anaknya berpindah ke Timur (Yunan) adalah persoalan yang patut dipecahkan oleh ahli sejarah (yang beragama Islam). Vietnam itu (yang pernah menjadi kerajaan Melayu yang hebat) mengandungi wilayah bernama Annam dikatakan berasal dari perkataan ‘enam’ anak Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah.

Asal Usul Melayu 9

Anak Raja Suran Bawa Senjata Canggih

Nabi Ibrahim a.s. telah ditugaskan oleh Allah untuk membina semula Kaabah yang rosak selepas taufan Nuh a.s. Saya berpendapat bahawa Melayu di Nusantara ini berpindah dengan membawa bersama teknologi tempat asal mereka (di Ur, Babylon) terutama teknologi binaan.

Saya ada alasan untuk menyatakan sedemikian. Jika anda rujuk dalam Sulalatus Salatin ada catatan bahawa Melayu berasal dari keturunan Raja Sulan dan mengetahui teknik membuat peti kaca (kenderaan yang boleh terbang) untuk ke laut (istilah kuno bagi utara) dan teknologi ini dipelajari dari Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s).

Asal Usul Melayu 10

Melayu Bangsa Hebat Digeruni Oleh Barat

Dalam Sulalatus Salatin ada disebut bahawa Semundera (nama sempena semut yang amat besar sebesar kucing) di bawah pemerintahan Raja Merah Silu adalah negeri paling awal memeluk Islam dan Merah Silu setelah Islam digelar Sultan Malikus Salleh. Kemudian negeri Pasai dibuka (nama sempena anjing kesayangan Merah Silu yang menyalak sebuah bukit) dan diperintah oleh anak sulung Merah Silu iaitu Sultan Malikut Tahir sementara Semundera diperintah oleh Malikul Mansur.

Antara bukti lain Melayu itu hebat dari segi pelayaran ialah hakikat bahawa yang menunjukkan jalan kepada Ferdinand Magelland mengelilingi dunia ialah Panglima Awang anak Mat Lela Gila (Trapobana, Enrique of Malacca atau Henry the Black).

Asal Usul Melayu 11

Kebangkitan Semula Melayu Untuk Jadi Bangsa Khalifah

Besar kemungkinan Melayu berasal dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. sementara orang China berasal dari Sin bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Melayu berasal dari orang Hitti (Hittites) atau juga digelar Hatti, Chatti, Khitai, Cathay. Orang Hitti digolongkan sebagai oleh Barat sebagai Mongoloid yang merupakan sebahagian dari asal-usul bangsa China itu sendiri. Bangsa Melayu ada 1,368 bahasa, China-Tibet 403 ada bahasa. Banyaknya bahasa Rumpun Melayu menjadikannya ia bangsa kedua paling banyak bahasa selepas bahasa Niger-Congo berjumlah 1,514 bahasa. Sebenarnya bahasa rumpun Melayu lebih banyak dari bahasa Rumpun China, sekaligus menolak kemungkinan bahawa Melayu berasal dari bangsa China.