Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Showing posts with label Reflexologi. Show all posts
Showing posts with label Reflexologi. Show all posts

June 8, 2011

Menghadapi Refleksologi

Pada awal tahun ini, abang angkat aKoo telah mempelawa untuk berjumpa dengan seorang abang saudaranya ‘Pak Areis’ yang berasal dari Sumatera Barat (Sumbar). Tujuan berjumpa pun atas sebab aKoo sering sendawa tak kira masa. ‘Abang angkat’ aKoo ni beritahu dengan refleksologi mungkin sendawa aKoo boleh hilang. Jadi tergerak hati aKoo untuk mencoba.

Setelah diperkenalkan, ternyata ‘Pak Areis’ ini keturunan Minang seperti mana aKoo dan abang angkat aKoo tu. Cuma yang membezakan adalah aKoo Minang dari N. Sembilan manakala Pak Areis Minang asal Sumatera. Jangan disangka Minang Malaysia ada di N. Sembilan sahaja. Gombak pun ramai orang awak juo. Juga di tempat-tempat lain pun ramai Minang sama juga seperti orang Jawa Malaysia bertebaran di Tanah Melayu.

April 2, 2011

Sejarah Reflexologi

Sejarah awal menunjukkan Amalan refleksi atau menyentuh telah digunakan dalam satu bentuk atau lain sebagai cara penyembuhan di mana-mana bahagian dunia, telah ada sepanjang sejarah umat manusia sejak lama sebelum kelahiran perubatan moden. Bukti boleh ditemui di pelbagai, teks perubatan awal dari seluruh dunia. Sebagai maklumat dikumpulkan variasi daripada amalan moden refleksi ada di semua budaya penyembuhan kuno, tapi aku punya hanya tercatat yang paling umum diterima.

Apa Itu Reflexologi

Refleksi adalah cara memberi tekanan kepada kaki dan tangan menggunakan ibujari, khusus dan teknik tangan tanpa menggunakan minyak, krim atau lotion berdasarkan sistem zon dan daerah refleks yang mencerminkan imej tubuh pada kaki dan tangan dengan premis bahawa kesan bekerja seperti perubahan fizikal dalam tubuh. INI ADALAH KURANG TEPAT!