Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

October 23, 2011

Kebaikan


Dapatkah kebaikan itu diusahakan dan dipelajari? Kebaikan barulah sejati kalau menjadi sifat, seperti harum pada bunga. Kebaikan yang telah berada dalam diri manusia menuntun semua gerak-geri perbuatan si manusia itu sehingga segala yang dilakukanpun tentu baik tanpa disedari lagi itu adalah kebaikan. Sebaliknya, kebaikan yang dipelajari, dilatih dan diusahakan, hanyalah akan menjadi pengetahuan belaka dan kalaupun ada perbuatan yang dianggap baik oleh orang yang memaksakan kebaikan dalam perbuatannya, kebaikan itu hanyalah menjadi suatu cara untuk mencapai suatu tujuan dan kerananya menjadi kebaikan palsu. Seperti topeng belaka. Kalau kita melakukan sesuatu yang kita anggap suatu kebaikan, tentu tersembunyi balasan tertentu, baik balasan lahir maupun batin di balik perbuatan yang kita lakukan itu.

Kebaikan yang diusahakan, yang berbalasan, bukanlah kebaikan namanya, melainkan palsu, hanya merupakan cara atau jambatan untuk memperoleh yang dibalasankan tadi. Kebaikan seperti itu serupa dengan seorang anak yang menyapu lantai dengan tekun dan bersih, namun pekerjaannya itu dilakukan kerana dia mengingat ibunya akan memujinya, ayahnya tidak akan memarahinya kalau dia menyapu dengan baik. Baginya yang penting bukanlah menyapu lantai dengan bersih, melainkan ingin dipuji ibunya dan agar tidak dimarahi ayahnya. Sungguh jauh bezanya dengan kalau anak itu menyapu lantai dengan bersih kerana memang dia CINTA AKAN PEKERJAANNYA ITU, kerana dia memang suka melakukan pekerjaan itu tanpa balasan apa-apa, bahkan dia tidak ingat lagi dia melakukan itu.

Kebaikan adalah suatu sifat. Tidak dapat diusahakan atau dilatih. Yang penting adalah mengenal diri sendiri, membuka mata memandang keadaan diri sendiri. Kalau kita ingin menjadi orang baik, hal ini terdorong oleh kenyataan kita tidak baik, bukan? Daripada mengejar kebaikan, lebih baik kita menyedari akan ketidakbaikan kita, akan kekotoran kita. Kesedaran dengan pengertian mendalam ini akan menghentikan segala ketidakbaikan dan kekotoran itu, dan kalau sudah tidak ada ketidakbaikan lagi di dalam diri kita, perlukah kita berusaha menjadi baik? Kalau sudah tidak ada kekotoran di dalam diri kita, perlukah kita mencari kebersihan? Tidak perlu lagi, kerana baik dan bersih itu sudah menjadi sifat setelah kejahatan dan kekotoran lenyap.

Kho Ping Hoo

October 20, 2011

CINTA

‘Cinta’ yang bersifat pengikatan diri kepada sesuatu yang dicinta, seperti ibu ini, hanya akan membawa kedukaan. Pengikatan diri kepada keluarga, kepada harta benda, kepada kemuliaan duniawi, kepada kesenangan, sebenarnya bukanlah cinta kasih sejati, melainkan nafsu mementingkan dan menyenangkan diri sendiri belaka. Segala sesuatu, baik benda hidup ataupun mati, yang dipunyai seseorang secara lahiriah, kalau sampai dimiliki pula secara batiniah, hanya akan menimbulkan kesengsaraan. 


Segala sesuatu tidak kekal di dunia ini, sekali waktu tentu terjadi perpisahan. Kalau kita mengikatkan diri kepada sesuatu, berarti kita memiliki secara batiniah dan seolah-olah yang kita miliki itu telah berakar di dalam hati. Jika tiba saatnya kita harus berpisah dari sesuatu yang kita miliki secara batiniah itu, sama saja dengan dicabutnya sesuatu itu dari hati sehingga merobek dan menyakitkan hati. Mengikatkan diri kepada apapun juga, kepada suami, isteri, anak, keluarga, harta dan apa saja berarti menghambakan diri dan ikatan-ikatan ini yang membuat orang menjadi takut dan khuatir. 

Takut kalau-kalau dipaksa berpisah, kerana kehilangan, kerana kematian dan lain-lain. Rasa takut akan perpisahan dengan yang telah mengikat dirinya, membuat orang menjaga dan melindungi mati-matian, dan untuk ini tidak segan-segan orang menggunakan kekerasan. Timbullah pertentangan, dan dari pertentangan ini lahirlah kesengsaraan hidup.
Kho Pin Khoo

May 17, 2011

The Secret Power Of Zikir Nafas

Power ko zikir nafas ni? Inilah artikel yang aKoo jumpa ketika melayari laman web. Lain yang aKoo cari, lain yang jumpa. Tapi bila dibaca dengan tenang, rasanya berguna juga sangat² pada diri aKoo. So aKoo tempek kat sini, terimakasih kepada yang sudi mengkisahkan serba sedikit pasal ni.

Walaupon persembahannya berasaskan Tarikat Naqsyabandiah, aKoo bukan pengikut mana² 'Tarikat' tapi rasanya kebaikan amalan ini, molek sangatlah dikongsikan bersama. So, kepada sesapa yang ingin mencubanya .. Take ur own risk .. rasanya amalan untuk diri sendiri mendekati dan menyerah diri pada Allah ada risk ker? Sendiri jawab aaa
sumber: http://tunggal.blog.com

April 21, 2011

Qul Inkuntum

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Ali Imran : 31

April 5, 2011

Lau Anzal Na

From SELANGKAH KE ALAM BARZAKH
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Al Hasyr 59 : 21

February 13, 2011

Muang


Ayat di atas dipetik dari 2 bahagian Al Quran. Yang penghujungnya semua tahu di mana letaknya kan kan kan. Cuma aKoo tak berapa pasti akan penggunaannya. Dah dapat masih tak pasti. Jadi pada sesiapa yang terjumpa blog ni dan mengetahuinya silakan beri petunjuk.
Hanya catitan diri