Melayu Bangsa Hebat Digeruni Oleh Barat
Dalam Sulalatus Salatin ada disebut bahawa Semundera (nama sempena semut yang amat besar sebesar kucing) di bawah pemerintahan Raja Merah Silu adalah negeri paling awal memeluk Islam dan Merah Silu setelah Islam digelar Sultan Malikus Salleh. Kemudian negeri Pasai dibuka (nama sempena anjing kesayangan Merah Silu yang menyalak sebuah bukit) dan diperintah oleh anak sulung Merah Silu iaitu Sultan Malikut Tahir sementara Semundera diperintah oleh Malikul Mansur.
Antara bukti lain Melayu itu hebat dari segi pelayaran ialah hakikat bahawa yang menunjukkan jalan kepada Ferdinand Magelland mengelilingi dunia ialah Panglima Awang anak Mat Lela Gila (Trapobana, Enrique of Malacca atau Henry the Black).

Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
Surah Yunus 10:73
Ada juga catatan yang menyatakan bahawa bangsa Melayu ini memainkan peranan penting di akhir zaman, di mana dikatakan bahawa Melayu (orang Malai) itu adalah bangsa hebat dan digeruni oleh Barat. Melayu sebenarnya adalah bangsa penakluk dan pedagang yang hebat. Ada pendapat bahawa kaum yang akan mengalahkan Yahudi di akhir zaman adalah dari bangsa Malai. Melayu adalah ‘lost cousins’ kepada bangsa Yahudi (keturunan Ishaq a.s.) dan Arab (keturunan Ismail a.s.), sukar dikenali lagi kerana mereka telah berkahwin campur dengan Melayu umat Nuh a.s. Melayu (orang Malai) adalah bangsa yang hebat yang akan menakluki dunia sekali lagi di akhir zaman.
Kerana mengetahui kehebatan orang Malai itulah mungkin Barat telah berusaha menakluki Nusantara dan telah memecah-belahkan Melayu agar mereka lemah dan melumpuhkan kemampuan berdagang mereka serta melemahkan minda mereka dengan harapan agar hal yang mereka takutkan itu tidak berlaku. Kehebatan Bangsa Malai (Melayu) ini ada dicatat dalam buku bertajuk The Kingdom of Malai. Buku ini masih ada tersimpan sebagai bahan terpelihara di salah sebuah universiti Belanda.
Saya juga berpendapat bahawa Ahli Kitab Yahudi sebenarnya tahu Keturah itu dari bangsa Malai tetapi mereka menyembunyikan fakta itu dengan tujuan agar hanya mereka saja yang tahu hakikat sebenarnya dan supaya mereka boleh memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan umat Islam (sebahagian mereka telah mendakwa bahawa Keturah itu Siti Hajar sementara sebahagian yang lain menyatakan Keturah itu isteri Ibrahim a.s. yang ketiga). Mereka juga tahu bahawa Bani Jawi anak Keturah inilah yang akan mengalahkan kehebatan mereka di akhir zaman, dan berharap dengan memadamkan fakta bahawa Keturah adalah ibu Bani Jawi, dengan itu diharap Bani Jawi akan hilang jatidiri, lemah mindanya dan tidak akan bangkit semula menjadi bangsa yang hebat. Tapi ketentuan Allah pasti akan berlaku.
Saya sendiri berpendapat bahawa Melayu (orang Malai) akan kembali menjadi penakluk dunia di akhir zaman sama seperti keadaan mereka menjadi pengasas tamaddun dunia sejak kira-kira 50,000 tahun lampau (The Cradle of Civilisation). Di Nusantara Adam a.s. telah diturunkan ke bumi, di Nusantara Nuh a.s. mengetuai umatnya selama 600 tahun dan di Nusantara juga Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah dan melahirkan Bani Jawi. Anak-anak Nabi Nuh a.s. dikatakan bertebar dari kawasan ini.
Jika anda perhatikan usaha-usaha yang dijalankan oleh orang Melayu untuk memertabatkan Melayu (mempastikan semua Melayu di Malaysia beragama Islam dan kembali menjadi masyarakat pedagang) adalah suatu usaha yang hebat, anda akan sedar bahawa Melayu adalah bangsa yang hebat (dapat memimpin bangsa lain dengan baik kerana sikap toleransi yang tinggi) dan amat menjaga untung nasib bangsanya (mempastikan budaya ilmu diserapkan ke minda Melayu) serta mahu Melayu kembali agung (menjadi khalifah dunia).
Hakikat mengapa orang Malai dapat mengembangkan sayap ke 60% muka bumi dan berdagang ke tanah-tanah yang amat jauh mungkin bersebab dari kuatnya orang Malai ini berpegang pada syariat mereka di zaman silam (syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.). Mengapa orang Melayu sanggup merempuh lautan hingga begitu jauh ke Barat dan ke Timur juga tidak diketahui oleh para sarjana.
Pada saya ini bertitik tolak pada keberanian dan keyakinan kuat orang Melayu silam kepada kekuasaan dan pertolongan Allah Yang Maha Esa. Saya berpendapat ianya kerana dua sebab besar iaitu penjajahan dan perdagangan. Ini dapat dilihat pada kelompok majoriti Melayu zaman ini yang merupakan umat Islam terbesar bilangannya di dunia. Mereka berusaha mempastikan bahawa bangsa mereka menganuti agama yang benar dan teragung sebab mereka tahu bahawa kesopanan dan budi pekerti seperti itulah yang pernah mengangkat bangsa mereka menjadi bangsa yang paling agung. Dan Melayu umat Muhammad s.a.w. akan mengulangi keagungan itu sekali lagi. InsyaAllah.
Sekadar renungan, perhatikan maksud dari Kitab Taurat: ‘Dan Sarai (Siti Sarah), isteri Ibrahim, mengambil Hagar (Siti Hajar) orang Mesir, pembantunya, setelah Ibrahim menetap sepuluh tahun di tanah Kanaan, dan menyerahkannya kepada suaminya Ibrahim sebagai isterinya (Genesis 25:3). ‘Dan Ibrahim menikahi seorang isteri lagi, namanya Keturah’ (Genesis 25:1). ‘Dan Ibrahim memberikan semua hartanya kepada anaknya Ishak. Tapi kepada anak-anaknya dari Keturah, Ibrahim memberikan hadiah-hadiah, dan menghantar mereka ke arah Timur, ke negeri Timur’ (Genesis 25:5,6). ‘Ibrahim menghantar anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang lain (dari isterinya Keturah) ke arah Timur, ke arah tempat tumpah darahnya.
Dari sana mereka menjadi pedagang rempah, emas dan batu permata yang berjaya’. (Yeshaya 60:6; Yechezkel 27:15, 20, 22). Telah terbukti bahawa orang Melayu adalah keturunan ini yang amat berjaya dalam perniagaan rempah, dan kita dapati bahawa kawasan-kawasan Burma, Laos, Kemboja dan Selatan Thailand adalah antara tanah yang mempunyai paling banyak batu permata hingga sekarang ini.
Saya telah juga berbincang hal Melayu ini bersama rakan konsultan motivasi keusahawanan dan beliau berkata The Kingdom of Malai ada mencatat bahawa Hang Tuah itu sebenarnya pedagang (usahawan atau attache perdagangan Sultan Melaka) dan patut dikenali sebagai pedagang lebih dari sebagai pahlawan. Saya setuju kerana Hang Tuah itu hanya bertikam sekali sekala, itupun bila perlu, yang penting ialah kerjayanya setiap hari berdagang ke serata dunia. Malah Hang Tuah adalah seorang terpelajar (scholar) dan mengetahui 35 bahasa dan pernah belayar mengelilingi dunia sebanyak 5 kali. Saya berpendapat bahawa dalam pelayarannya itu dia tentu telah bertemu orang Melayu di serata tempat yang mana mereka juga pedagang dan pemerintah di bumi tersebut (60% dari muka bumi).
Inilah mungkin yang menjadi sebab mengapa Hang Tuah telah berkata dengan yakin bahawa: ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ kerana pada pendapatnya tidak mungkin Melayu akan pupus sekaligus di tempat-tempat yang sebegini luas kawasannya. Bidalan Takkan Melayu Hilang Di Dunia bukan timbul kerana Melayu pandai bersilat tetapi kerana bijaksana dalam pergaulan, kepimpinan dan perdagangan serta tinggi nilai moralnya. Inilah yang kekal ‘Melayu’ dan ia menjadi contoh yang hebat kepada bangsa lain.
Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
Surah Al-A’raaf 7:69
Sebagai penghujung catatan, saya sertakan sedikit sedutan dari laman web berjudul Images of Nusantara in Russian Literature, oleh Braginsky, V.I. dan Diakonova, E. sebagaimana berikut: ‘Sejak awal kemunculannya dalam kesusasteraan Rusia pada abad ke 11, Nusantara, pada masa itu satu negara lagenda letaknya dikepulauan luar India, berhampiran dengan ‘Syurga’, telah terus mencetus ilham kepada penyair Rusia.
Penulis awal Rusia melihat Nusantara sebagai satu tanah indah yang didakwa dilawati oleh Iskandar Zulkarnain dan pendakwah-pendakwah, serta tempat tinggal Rahman-Rahman (orang-orang ‘alim zaman silam), gergasi dan haiwan pelik – bumi yang tidak mengenal ketidakadilan dan dengan itu menjadi asas ideal terhadap kesopanan sosial tertinggi’.
Satu lagi catatan mengenai Nusantara: ‘Kenal kawasan ini bermakna cinta pada kawasan ini. Bila anda di sini anda tidak akan sekali-kali meninggalkannya. Di sinilah harapan, keamanan dan harmoni menjadi ramuan’.
Dan ini pula satu catatan dari bumi Madagaskar: ‘Di dunia Nusantara, Madagaskar agak terasing kerana beberapa sebab. Pertama, dari sudut geografi, pulau ini adalah yang paling jauh dari jajahan Nusantara yang lain. Jiran terdekat, kepulauan sekitar Sumatera jaraknya lebih dari 6,000 km. Dan ini mengingatkan kita bahawa selama 4,000 hingga 5,000 tahun iaitu sehingga kurun ke 10, orang Nusantara adalah pelaut yang paling hebat di dunia’. - Andriantefinanahary & Yanariak (Madagaskar - October, 1997). Pada saya kegemilangan Melayu selama lebih dari 4,000 tahun inilah yang patut diselongkar sejarahnya oleh orang Melayu sendiri, bukan untuk membangga diri, tetapi untuk kembali kepada jatidiri Melayu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al-Hujurat 49:13
Petikan Dari - Megasutra