Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

September 8, 2014

Aku Masih Belajar Untuk Mengerti

Semalam aKoo menjengah guruku yang telah lama berkampung berdekatan dengan rumah ibuku sekitar Seremban. Masih teringat ketika pertama kali aKoo bertemu dengan dia .. awal 1990an umurnya sudah menjangkau 80an belum dicampur umurnya pertama kali daftar I.C dihitung congak 21 tahun katanya.
Fizikalnya tak menampakkan seorang yang dah over 100 kaaaann .. tapi pada orang-orang tua yang dari Alor Setar utara ke Perlis tentu teringat siapa dia Tok Ey Tanki ... agaknya

Rinduku terubat dan orang tua nih alhamdulillah masih wal'afiat .. terasa gembira, bangga, teruja melihatkan keadaannya masih sebegitu jua .. tapi katanya padaku .. jangan dikira apa yang ada sekarang ini bukan milik dia .. Dunia makmur telah dilaluinya hanya Dia yang Empunya ..

Sempat kami berseloroh .. TokNgah bila nak pi .. "Lambat lagi nak jadi pendekar belah sana .. ada 10 tahun lagi .. " HaHaHa kami pecah gelak kerana kami faham maksud dia .. ish laa hai macam mana tau .. TokNgah kata dia tak tahu yang hanya tahu Dia. Lalu terkebil orang tua nih memandang ke tepi (kebiasaannya) mengingatkan sesuatu lalu menuturkan ..


Aaahh..aku masih banyak perlu dipelajari ..