Petikan yang aku jumpa di web beberapa tahun dahulu .. hmm .. benarkah
Wahai insan Allah, anak kepada 2 hamba Allah, cucu cicit Adam dan Hawa, kini kamu memasuki ambang Kiamat, di mana Kiamat benar-benar akan berlaku, dengan satu petanda yang dahsyat, kamu semua akan mati.
Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada di sana kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, sifat Tuhanmu yang nyata padamu, yang akan membuat pengakuannya, binasalah dirimu kelak, tangan akan bebicara, mata akan berbicara, telinga akan berbicara, kaki akan berbicara, kemaluan akan berbicara, mulut akan akui, bertambah sengsaralah dirimu, berbohong di hadapan yang berkuasa, sayulah hati Rasulmu.
Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada di sana kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, sifat Tuhanmu yang nyata padamu, yang akan membuat pengakuannya, binasalah dirimu kelak, tangan akan bebicara, mata akan berbicara, telinga akan berbicara, kaki akan berbicara, kemaluan akan berbicara, mulut akan akui, bertambah sengsaralah dirimu, berbohong di hadapan yang berkuasa, sayulah hati Rasulmu.
Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama hamba, wahai hamba yang bernama manusia, wahai manusia yang diberi nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di dunia, semasa sendiri, semasa sunyi, semasa sepi, semasa gembira, semasa duka, semasa dengan dia, semasa denganya, semasa dengan mereka, semasa dengan semua, semasa dengan kamu, semasa denganKu, berkata benarlah engkau wahai manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau di dunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil diungkit semula, tiada amalan menjadi hina, berhati-hati dan tertib dengan Agama Syurga tempatnya.
Wahai manusia yang diberi nama, kamu akan melalui ambang Kiamat yang dahsyat. Alam ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada ilmu tiada amalan, tiada saudara tiada kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalanmu di dunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.
Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi peringatan telah diberi, sebelum datang undangan sudah sampai. Sucikan hatimu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal dirimu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhanmu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana hatimu kelak engkau ke Neraka, kerana hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhanmu tidak suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, dia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah jasadmu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.
Wahai manusia yang diberi nama, petanda yang datang dahsyat sekali, yang hidup sampai di sana yang mati turut serta, inilah hari Kiamat yang diterangkan oleh kitab-kitab ikutanmu, inilah hari Kiamat yang dijanjikan oleh Tuhanmu. Dia memerintah semesta Alam, kiamat akan belaku dengan kehendak Kata-Katanya, sesunguhnya dia tidak mungkir pada janjinya, dengan satu Seruan, kamu semua akan Mati, dengan satu Seruan kamu akan dihidupkan kembali. Wahai manusia yang diberi nama, semoga engkau tenang berhadapan dengan yang Esa, semoga engkau tidak kaku semasa disana, semoga engkau tahu siapa yang engkau jumpa, semoga engkau tahu hidupmu untuk siapa, semoga engkau tahu wahai manusia, ini kerana engkau antara jutaan manusia yang akan dihitungkan di hari kebangkitan, tiada seorang pun yang terlepas dari pertanyaan melainkan dengan kehendaknya. Wahai manusia yang bernama, hitungan kelak sangatlah lama, Rasulmu kelak tidak terdaya, ini kerana yang Esa lebih berkuasa, ingatlah pesan Rasulmu, ingatlah pesan Kitabmu, ingatlah pesan Agamamu, ingatlah pesan Imammu, di situ kamu akan tahu.
Wahai Manusia kamu akan tinggalkan segala-galanya, mereka pula bertindak yang sama, petanda kiamat dahsyat sekali, tinggalkanlah berjual beli apabila tiba setiap Jumaat, khuatir Jumaat yang datang mengundang kiamat, inilah kiamat yang dijanjikan Allah.
Wahai Insan allah semoga engkau tenang melihat kedahsyatan Kiamat yang datang, sewaktu kau bersedia, sewaktu kau leka, sewaktu kau sibuk dengan dunia, sewaktu kau sibuk dengan keluarga, sewaktu kau berbalah pendapat, sewaktu kau menuding jari, sewaktu kau memfitnah, sewaktu kau berurus niaga, sewaktu kau bertanya-tanya, sewaktu kau menghitung harta dunia. Kiamat datang mengundang Alam, Alam yang menanti turut sedia, untuk dibawa bersama-sama, menuju ke alam akhirat.
Wahai manusia yang diberi nama, sesungguhnya kamu semua adalah Sifat Allah yang Wujud, Ada, Nyata. Sucikanlah nama Tuhanmu yang menciptakan sekelian Alam lalu dia menyempurnakan menjadi kehidupan dan memberi petunjuk, lalu ia membinasakan iaitu Kiamat. Inilah Kiamat yang dijanjikan oleh Rasul-rasulmu dan Kitab-Kitab ikutanmu, sesungguhnya benarlah kata-kata Rasulmu dan Kitab-Katab dahulu, sucikanlah nama Tuhanmu dari Hasad Dengki, Khianat, Tamak, Haloba, Fitnah, sesungguhnya berjayalah manusia yang diberi nama, membersihkan Hatinya, Jiwanya, Rasulnya, TuhanNya, Malaikatnya, dan ikutanNya, sesungguhnya kamu kini di ambang Kiamat yang Dahsyat, tiada siapa yang dapat menolongmu, selain Allah dan Malaikat-Malaikat adalah pesuruhnya. Kamu semua akan lalui hari Kiamat yang dijanjikan Allah.
Aku Bersumpah Demi Hari Kiamat
Demi Al Quran yang penuh Rahsia
Demi Manusia,Demi Makhluk,Demi Insan
Demi Hamba,Demi Rasul,Demi Malaikat,
Demi Tahun,Demi Bulan,Demi Hari,
Demi Waktu,Demi Masa,Demi Saat,
Demi Detik.dan Demi Hari Jumaat..