Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

August 10, 2010

Ramadan

Aug 11, 2010 .. Ramadan datang lagi. Heh macam biasa aKoo tak sedar pun minggu ni dah kena berpuasa sebulan .. larat ker idak .. heehee terpulanglah. Kalau tahun lepas anak sulong aKoo berjaya melepasi sebulan .. training terus penuh. Tak macam aKoo dulu .. tak sampai seminggu pon bertahan .. macam-macam alasan .. kengkadang tu puasa di mulut jerr tapi di mulut jugalah aKoo teguk air paip ketika basuh muka waktu tengahari di sekolah rendah. Balik umah muka lembik puasa konon .. heehee dulu ..

Sekarang .. hmm .. sejak berumur 13 tahun tak pernah tinggal walau sehari pun. Cukup sebulan. Namun .. sehingga kini aKoo masih tak dapat kemanisan berpuasa .. entah mengapa. Orang berpuasa .. aKoo pon .. malah cukup sebulan. Orang gembira tatkala puasa .. aKoo hanya gembira tatkala ke pasar juadah .. dan ketika kedengaran azan Maghrib. Hmm .. selepas itu ..

Di mana dan di mana .. kemanisan berpuasa itu .. Apakah untuk kesihatan?? aKoo tahu penyakit berpunca dari perut .. tak dinafikan .. cuma masih mencari dan mencari di mana letaknya kemanisan puasa itu. Selalu aKoo melihat kawan-kawan yang kononnya berpuasa penuh tapi hari-hari yang dilalui semacam aKoo .. terasa nak melepek selalu. Asal ada cuti .. tidurlah yang sedapnya .. bila bangun .. itupun kerana teringatkan pasar ramadan .. huish meleleh liquid lidah .. heehee.

Kalau orang menunaikan haji .. mencari Haji Mabrur .. kalau orang berpuasa .. apa yang dicarinya? aKoo selalu terfikir .. apakah penuhnya puasa aKoo 100% atau cuma puasa aKoo penuh 50%? 25%? 10%? .. Bagaimana nak penuhkan .. sepanjang ramadan berpuasa .. tapi sepanjang ramadan juga tak leka melihat keindahan alam .. kalau melihat langit .. pohon menghijau takperlah jugak .. di kawasan hutan batu .. keindahan alam lain pula menarik perhatian .. itu mata .. bagaimana pula dengan telinga?

Apa yang aKoo dengar selalu ketika ramadan ini .. selain dari leteran yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri .. tak memberi kesan .. tapi dah selalu sangat terdengar gosip .. adu domba .. hasutan .. di kiri kanan manusia² berbual .. tak kira di mana .. bagaimana nak puasakan telinga nih .. adussss .. makin aKoo bingung ..

Kerana bagi aKoo .. berpuasa menahan lapar dahaga dari Imsak membawa ke Maghrib .. itu cuma asasnya puasa. Bagaimana dengan puasanya mata..telinga tangan..kaki kulit..bulu fikiran..hati apakah tidak berserta puasanya

Dari dulu sehingga sekarang .. masih aKoo menggapai dan menggapai .. semoga kali ini aKoo berjumpa dengan formula untuk BerPuasa ..

Oh Allah .. hanya kepadamu aKoo bermohon Engkau tetapkanlah pencarian ini dan Engkau bukakanlah penghayatan ini .. semoga aKoo dapat memeluk Puasa sebenarnya dari Mu Oh Allah