Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

August 15, 2010

Nabi Nuh a.s

Al Kisah kali ini ingin meriwayatkan cerita perjalanan salah seorang rasul. Sebelumnya Nabi Adam, Nabi Syith, Nabi Idris. Baginda adalah rasul ke 3 tetapi merupakan Nabi yang ke 4 iaitu Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh diutuskan kepada seluruh bangsa manusia pertama yang mula melupakan jalan Islam. Kaum bangsa manusia yang pertama mencipta patung untuk disembah. Kaum bangsa manusia yang pertama mula menyesatkan diri, mensyirikkan diri. Oleh itu diutuskan Nabi Nuh a.s supaya dapat membimbing semula bangsa manusia ini ke jalan yang benar.

Sebelum itu, tahukah kita siapa adanya kaum bangsa manusia ketika itu? Bagaimanakah kehidupan mereka ketika itu? Bagaimanakah teknologi mereka ketika itu? Teknologi? Apa perasaan anda..anda dan anda-anda. Pandangan pertama atau kata orang Jawa, 1st impression tentunya kita merasakan tamadun zaman itu, teknologi zaman itu adalah lebih mundur dari seabad yang lalu. Why? Kenapa? Kerana ketika kita mendengar, atau membaca kisah Nabi Nuh a.s, selalunya diceritakan kisah satu kaum yang syirik semuanya dan diutuskan Nabi untuk membimbing kaum uni ke jalan yang benar. Itu saja. Tidak dikembangkan pasal teknologi pun.

1st impression kita lalu menganggap kisah ini berlaku zaman dolu² dalam zaman kuno. Heehee .. dulu aKoo pon macam ni jugak. TAPI .. cuba renungkan sebentar antara zaman dari Nabi Adam ke zaman Nabi Nuh yang di antaranya terdapat lagi 2 orang Nabi. Berapakah jarak masanya. Apakah seorang Nabi Adam yang diberi pengetahuan dan ilmu oleh Allah sendiri, tidak akan dapat mencapai teknologi yang kalau tidak sama, mungkin lebih dari sekarang. Apakah nabi-nabi yang lain hanya mempunyai kesempurnaan dalam ibadah kepada Allah semata? Yea..yea mungkin kot heehee.
Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur telah memancarkan air, Kami berfirman: ”Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman”. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit
Surah Hud : 40


Surah di atas terang menyatakan orang yang mengikuti naik ke bahtera Nabi Nuh adalah sedikit. Ada pula riwayat menyatakan tak lebih dari 100 orang termasuk sekali wanita dan kanak-kanak. Hmm .. dan juga dimuatkan binatang² yang masing² sepasang. Sedangkan seruan Nabi Nuh terhadap kaumnya diperlekehkan. Apakah Nabi Nuh memanggil binatang² sepasang macam Tarzan? Semua sekali datang? Tau pula giliran dapat naik bahtera? Binatang buat macam tu? Sedangkan isteri dan anak Nabi Nuh sendiri tak percaya, turut memperlekehkan pembinaan bahtera di tengah daratan bukan di tepi laut atau sungai.

Bagaimana caranya Nabi Nuh membina bahteranya? Bagaimana caranya Nabi Nuh mengumpulkan sepasang pelbagai binatang-binatang? Orang yang sedikit mengikuti pula kebanyakannya dari mereka yang dihina oleh kaum bangsa mereka sendiri. Hmm .. yang jelas menunjukkan Nabi Nuh itu sendiri seorang pakar dalam pembinaan khususnya pembuatan kapal atau bahtera. Nabi Nuh sendiri seorang pakar dalam kajian haiwan (zoology). Apa ni pakar? Ahaa .. ini menunjukkan teknologi masa itu melebihi apa yang ada pada zaman ini. Kan aKoo dah bagitau teknologi zaman tu memang dah edban.

Atas kedegilan kaum bangsa itu menolak dan memperlekehkan seruan Nabi Nuh jelas kerana mereka merasakan apa yang mereka ada dah lebih dari mencukupi. Tak perlu bergantung pada yang lain. Tak perlu berharap pada yang lain. Teknologi mereka umpama petik jerr dapat. Nak apa lagi. Cuba bayangkan kalau teknologi mereka dah mencapai lebih kurang macam dalam cerita Star Wars. Nak apa lagi kalau ada orang datang katakan kamu salah cara hidup. Kembalilah kepada Allah. Agak-agak rasanya itulah yang terjadi. Mereka kata "Kau sapa nak ajak aku tukar cara hidup aku yang dah ada segalanya?"

Tapi tahap kesabaran Nabi Nuh sangat tinggi. Dicaci, dihina, diperlekeh diminta bukti dan sebagainya bukan saja dari kaum bangsa manusia itu tapi juga dari isteri dan anaknya. Dakwah Nabi Nuh berjalan sekitar lebih kurang 500 tahun. Lamakan? Kalau aKoo taktau laa boleh bertahan ke tidak kesabaran macam ni. Salute Nabi Nuh. Last sekali .. kaum ni sendiri yang tak sabar. Akhirnya mereka mencabar Nabi Nuh untuk minta Allah turunkan bala. Teknologi hebat, semua ada, apa nak boleh dapat. Bring them on .. show us what your God can do .. ada bran?

Allah tak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Allah Maha Pemurah. Pernah dengar pernyataan ni? Dah mereka macamtu. Dah mereka minta. Kan Allah Maha Pemurah. Diberinyalah apa yang mereka minta. Diberi bukti akan kekuasaan Allah.
Aku akan membinasakah manusia yang telah Kuciptakan dari permukaan bumi, kedua jenis yang ada, manusia dan binatang, dan segala yang merayap, dan unggas-unggas di udara, yang mereka telah mengecewakan-Ku yang telah menciptakan mereka. Akan tetapi, (Nabi) Nuh mendapatkan kasih sayang di mata Tuhan.
Kejadian, 6: 5-8

Apatu 'Kejadian'? Ianya adalah petikan dari Perjanjian Lama, kitab suci orang Yahudi dan Nasrani. Tapi sebelum tu, perlu selamatkan Nabi Nuh dah pengikutnya yang sedikit. Ok dah melalut. Setelah semuanya siap. Bahtera dah siap. Binatang-binatang dah masuk. Pengikut-pengikut dah 'secure'. Nabi Nuh dalam 'masa kecemasan' tu masih lagi menyeru isteri dan anaknya. Tetap mereka menolak. Malah ketika banjir besar berlaku, mereka masih mengatakan dapat lari naik ke gunung-ganang. Azab Allah adalah benar. Janji Allah adalah benar. Banjir besar melanda kaum bangsa manusia itu dan tidak tinggal sesuatu pun kecuali mereka yang beriman, yang sedikit, yang berada di dalam bahtera Nabi Nuh.

Segala apa yang dibanggakan. Segala apa yang dipegang kukuh, hilang dalam sekelip mata. Segala rupa harta yang disorok, segala jenis teknologi, segala yang kukuh .. musnah hilang ditelan banjir besar. Tiada apa yang tinggal. Hancur musnah satu bangsa kaum manusia yang telah lupa, alpa dari jalan Allah. Setelah sekian lama, banjir besar mulai mereda. Mulai surut. Mulai kelihatan dataran semula. Bahtera Nabi Nuh pun terlantar di banjaran-banjaran Gunung Judi. Gunung Judi? Hmm juga dinamakan banjaran Ararat yang terletak di Turki. Sila rujuk Surah Hud : 44

Akhirnya bertebaranlah segelintir manusia yang ada dengan memulakan hidup baru dari sesuatu yang telah musnah. Tiada apa. Kena mula dari asal. Segala macam tamadun telah lenyap bersamaan banjir besar itu. Segala macam rupa harta terpaksa dikumpul dari tiada, segala rupa macam tumbuhan, terpaksa di mula dari awal, segala macam teknologi, terpaksa dimulakan dari semula. Tiada bahan, tiada apa yang tinggal. Perubahan tamadun bermula dari semula.