Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

February 15, 2011

Asal Usul Melayu 8

Bani Jawi Adalah Anak Qatura

Ada ulama’ Kemboja menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. pernah ke Kemboja untuk mengembangkan Islam dan telah berkahwin di sana. Tidak diketahui siapakah nama isterinya di Kemboja itu, mungkin itulah Keturah yang dikatakan tidak diketahui asal-usulnya oleh Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani. Memang orang Cham (Champa) di Kemboja sekarang ini adalah Melayu. Sama ada Bani Jawi ini telah berpindah ke Timur dari Kanaan ataupun sebenarnya Ibrahim a.s. sendiri berpindah ke Kemboja, berkahwin dan kemudian memerintahkan anak-anaknya berpindah ke Timur (Yunan) adalah persoalan yang patut dipecahkan oleh ahli sejarah (yang beragama Islam). Vietnam itu (yang pernah menjadi kerajaan Melayu yang hebat) mengandungi wilayah bernama Annam dikatakan berasal dari perkataan ‘enam’ anak Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah.

Ahli Kitab Yahudi telah cuba mengenali Keturah dari maksud nama itu dan (telah saya catat sebelum ini) menyatakan bahawa wangi Keturah itu bermaksud budi pekerti yang luhur lagi sopan dan ciri ini memang amat rapat dengan ciri Bani Jawi yang sopan, berbudi bahasa, toleransi, setia dan patuh berbanding bangsa-bangsa lain di atas muka bumi. Bangsa seperti ini bukan seperti Bani Israel yang degil bongkak serta sering membunuh para nabi dan dari itu memerlukan rasul-rasul yang bersilih-ganti bagi menyeru agar mereka kembali kepada kebenaran. Bani Jawi itu pengikut syari’at Ibrahim a.s. bapa mereka dan bapa kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Anda akan dapati bahawa kehebatan Melayu Bani Jawi ini akan semakin terserlah dalam tiga aspek utama, pertama mereka dapat menyesuaikan diri dengan mudah di tempat dan suasana yang baru dan menjadi penjelajah serta pedagang yang hebat seperti bapa mereka Kanaan bin Ham bin Nuh a.s., kedua mereka menjadi bangsa bijak yang mempunyai minda kritis, minda pengkaji dan berani menentang kemungkaran sebagaimana bapa mereka Ibrahim a.s., ketiga mereka menjadi bangsa yang amat bertoleransi, bersopan dan berpekerti luhur dan jadi contoh kepada bangsa lain seperti ibu mereka Keturah. Ciri-ciri ini menjadi sebab kehebatan bangsa Melayu zaman silam dan akan diteruskan oleh Melayu zaman ini. InsyaAllah, ini sedang berlaku terutamanya di Malaysia dengan kadar yang menakjubkan. Sama ada kerajaan mahupun rakyatnya, kita dapat lihat tanda-tanda Melayu mahu memimpin dunia sekali lagi.

Sementara itu saya ingin menarik perhatian anda kepada istilah ‘dagang’. Istilah dagang dalam bahasa Melayu itu istimewa kerana ada dua maksud, pertamanya bererti orang yang hijrah, kembara, jelajah, jajah dan keduanya bererti berniaga atau berjual-beli. Mungkin anda juga dapat perhatikan bahawa keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. adalah penjelajah yang hebat di dunia. Kemudian keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah pula muncul sebagai ahli-ahli perdagangan yang paling hebat di dunia dan menerajui kerajaan yang besar-besar di Kepulauan Melayu. Semua ini terbukti telah dilakukan oleh orang Melayu hingga mampu menduduki 60% dari lilitan bumi dan telah meninggalkan Candi Borobudur (oleh Melayu Sri Vijaya) dan Angkor Wat (oleh suku Funan-Khmer) yang menjadi antara 7 benda ajaib dunia. Kalau benar Atlantis (The Lost Continent atau Lemuria) berada di Nusantara, maka Nusantara juga tentunya merupakan bumi paling hebat dari segi teknologi kerana dipercayai bahawa kerajaan Atlantis (yang menerajui dunia zaman silam) adalah jauh lebih maju dari tahap kemajuan teknologi yang dapat kita saksikan hari ini.


Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.

Surah Al-Ankabut 29:15


Kehebatan Bani Jawi ada dalam teks para sarjana. Ada dicatat bahawa semasa zaman kegemilangan perdagangan Melayu, terdapat lebih dari 1,000 bahtera pedagang Melayu berlabuh pada satu-satu masa di Melaka, sementara yang lainnya sedang dalam pelayaran. Anggarkanlah sendiri berapa banyak bahtera Melayu pada ketika itu. Sarjana pernah menulis bahawa bahtera terbesar orang Melayu ketika itu adalah lebih besar dari bahtera Portugis yang terbesar di zaman itu. Portugis menyerang Melaka pada 11 Mei 1511 menggunakan 18 kapal perang.

Walaupun ramai orang Melayu di Malaysia menganggap Melayu sinonim dengan Islam, kita patut menerima hakikat bahawa Rumpun Melayu adalah jauh lebih besar dan menganuti pelbagai agama pula. Mereka yang mengenali Melayu secara makro menyatakan bahawa Kadazan-Dusun, Bajau, Sulu, Bugis, Brunei, Kedayan, Orang Sungai/Orang Ulu, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Banjar, Bali, Jawa, Batak, Lampung, Malagasy, Maori/Polynesian/Micronesian, Taiwanese, Thai, Lao, Vietnamese, Cambodian, Senoi, Negrito, Melanesian, malah Red Indian Amerika adalah dari rumpun Melayu.

Nusantara adalah tanah bersejarah bagi asal usul peradaban manusia. Prof Hamka dalam Tafsir Al-Azhar telah menyatakan bahawa Sumatera itu adalah bumi pertama Adam a.s. menjejakkan kakinya di planet bumi ini. Adam a.s. diturunkan ke bumi di Serendip atau Swarna Dwipa iaitu nama kuno bagi Sumatera. Namun hanya mereka yang Islam terselamat ketika taufan Nuh a.s. sementara yang lain (termasuk kaum Gergasi atau Gergashi) semuanya mati lemas, dan banyak puak yang telah dihapuskan dari muka bumi sejak zaman Adam hingga Nuh a.s. kerana derhaka kepada Allah. Bangsa Melayu tentunya merupakan bangsa yang terselamat, Allah telah berfirman dalam Al-Qur’an bahawa keturunan manusia di bumi ialah dari 3 nabi iaitu Adam, Nuh dan Ibrahim. Sudah tentu keturunan manusia sekarang sebahagiannya adalah saki-baki dari pengikut Nuh a.s. iaitu dari keturunan Sam, Ham dan Yafith.


Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.


Surah Yunus 10:73


Petikan Dari - Megasutra