Refleksi adalah cara memberi tekanan kepada kaki dan tangan menggunakan ibujari, khusus dan teknik tangan tanpa menggunakan minyak, krim atau lotion berdasarkan sistem zon dan daerah refleks yang mencerminkan imej tubuh pada kaki dan tangan dengan premis bahawa kesan bekerja seperti perubahan fizikal dalam tubuh. INI ADALAH KURANG TEPAT!
Mengapa aku kata kurang tepat? Kalau berterusan kita menggunakan ibujari, berkemungkinan kita akan melecetkan kulit, berterusan menusuk akan membuka serat² otot dan menyebabkan angin melemahkan struktur serat itu sendiri. Sebelum kita pergi lebih jauh, aku tidak mahu menekankan pada kebenaran tulisan aku ini. Kerana itu pelajaran mereka ambil, ada yang belajar dari orang yang memang khusus dalam refleksi ini dan ada yang belajar dari buku dan ada yang belajar dari tengok² dan ada yang kononnya tahu apa itu refleksi. Tahukah anda refleksi yang paling tinggi pernah aku dengar adalah memegang sesuatu anggota badan yang sakit tanpa memicit, menekan, tetapi cukup sekadar menyapu dengan tangan di tempat yang sakit. Seperti mengelap air di atas meja dengan kain dan dicampak buang. Itulah refleksi tahap tinggi yang hanya bergantung pada hakikat manusia dan makrifatullah.
Apa untungnya membenarkan diri ini direfleksikan? Dengan refleksi, beberapa jenis penyakit dapat diubati seperti Ghout, Darah Tinggi, Lumpuh, masalah Jantung, Paru-paru, Buah Pinggang dan yang terkini adalah penyakit Parkinson serta beberapa penyakit lagi.
Akan aku perkembangkan sedikit demi sedikit pasal refleksi ini sebagai pengetahuan umum sahaja. Kalau nak tahu lebih silalah bertanya pada pakar reflexologi .. kalau benar orang itu pakar, bukan ikut²an, bukan baca pada buku.