Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

June 8, 2011

Bangsa MiM 01

Huraian kali ini adalah ambilan dari beberapa laman dan blog. Penggunaan bahasa dari laman dan blog tersebut, oleh itu terdapat perbezaan olahan dari segi tatabahasa. Senangkan. Malas aKoo nak susahkan diri memikirkan apa ayat yang sesuai untuk mengkisahkan siapa bangsa MiM nih. Nak lebih tahu, silalah ke laman dan blog yang dimaksudkan. Tujuan untuk kajian sendiri, tapi macam biasa .. Pokok Dek Kaulah.

Arakian tersebutlah kisah satu bangsa yang dihilangkan, lena ditidurkan di ‘Hujung Buana’. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Benarkah tiada siapa yang tahu?

Tatkala aKoo masih dalam lingkungan 10 tahun. Ketika itu di kampung. Daerah Kuala Pilah, N. Sembilan. Masa tu kawasan perkampungan masih lagi menggunakan pelita dan lampu ‘gas’. Macam biasalah ketika itu budak sebaya aKoo cuma ingat nak main jer. Apa pon hal-hal rumit ni tak terfikirkan. Suatu ketika, di seberang jalan dari rumah uwan aKoo, ada sebuah kedai kopi kecil. Taukeynya seorang tua berbadan besar ala-ala Bob lokman gitu. Seorang tua yang aKoo panggil Tok Bari (Bahari). Dah arwah lama dah. Seperti biasa, Tok Bari akan duduk di kerusi depan pintu gerainya sambil mengira tasbihnya. Waktu tu aKoo teringin beli kuih cina yang macam bahulu leper tapi ada gula di atasnya. Sewaktu mahu ambil kuih tu dari dalam balang, aKoo terdengar dengan lantang Tok Bari berkata, “Akan naik kembali Islam itu dari negeri ‘MIM’!!” Akoo terhenti dan keluar semula dan kelihatan Tok Bari bercakap seorang diri. Hairan? Selepas membeli kuih tu, aKoo mula melupakan peristiwa tersebut. Tapi sejak 3 tahun dulu, peristiwa tersebut asyik bermain di fikiran. Hairan lagi aKoo??

Ketika aKoo menelusuri internet, mencari entah apa yang aKoo nak cari, terjumpa oleh aKoo satu laman blog yang membicarakan pasal Melayu. “Bamm!!” aKoo terkesima seketika bila salah satu artikelnya memaparkan rajah besar huruf MIM. Terus aKoo teringat akan kisah Tok Bari. Terfikir sejenak kenapa bila aKoo lihat huruf MiM nih aKoo boleh teringatkan kisah lama tu? Akoo pon mula membaca satu persatu artikel dari blog tu. Akoo semakin resah. Resah kerana blog itu mula membongkarkan sedikit demi sedikit apa yang aKoo rasakan pada MiM itu. Akoo mula terfikir, apakah begitu sebenarnya?

Sambil mereflekskan kaki aKoo, Pak Areis bercakap dan bertanya asal Minang aKoo. Maklumlah, dia Minang Sumatera, aKoo Minang N. Sembilan. Walaupon tak sama, tapi asal akarnya sama. Menurut Pak Areis, bahasa Minang N. Sembilan dah kasar sebutannya. Bila Pak Areis mengolahkan bahasa Minang dari pecahan Bukit Tinggi, Piyaman dan Batu Sangkar, sememangnya nampak perbezaan nyata. Kalau diperhatikan, orang Minang di Gombak atau Kajang lebih dekat sebutannya dengan Minang Sumatera Barat.

Pak Areis mula bertanyakan asal Minangkabau. Dapat aKoo ceritakan padanya akan perlawanan kerbau itu. Selepas itu dia bertanya pula asal Minang. Eh, yang aKoo ceritakan tadi apa? Pak Areis tergelak besar. Nampak sangat aKoo tak tahu perbezaan antara Minangkabau dan Minang. Pak Areis pon bertanya, yang mana dulu, Minangkabau atau Minang? Apa itu Minang? Selepas itu terbitlah beberapa ungkapan berkias Minang. Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah. Alam takambang juo guru. Ungkapan yang terakhir yang benar-benar mengejutkan aKoo. Alon yo laie lahir Muhammad, ranah minang dah lamo Islam. Nak tergelak pula aKoo bila Pak Areis katakan jurai keturunan Minang ikut Sunnah Nabi. Apa tidaknya, jurai urang Minang ikut sebelah ibu, sedangkan jurai keturunan Nabi Muhammad ikut sebelah Siti Fatimah. Tak Sunnah ke tu? aHaks

sumber:
megasutra
sangtawal sakranta
mistisfiles
catatan si merah silu
melayu nusantara
jalan sufi
... banyak lagi cari sendiri