Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

August 11, 2010

Puasa

Puasa adalah satu ibadah yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam yang dah cukup ehemnya. Hmm ada banyak cara puasa di atas muka bumi ini, tapi menurut yang aKoo pelajari .. adalah berniat di malam hari dan selepas imsak .. menahan diri dari makan dan minum sehinggalah kedengaran azan Maghrib. Anak aKoo pernah bertanya .. niat tu macamana .. aKoo cakap .. "Sengaja" puasa esok .. pastu aKoo terangkan mengapa 'sengaja' .. kalau 'Suka²' takut nanti sebelah tengahari kita suka² pulak bukak tudung periuk heehee ..

Bak kata orang Jamaica .. 1st thing is we are willing and able not because of others but because of oneself submit to Allah's order. Pahtu bacalaa apa yang patut dan niatnya sekali .. bak kata orang Afrika .. nawaitu penting .. macamana tuu?


nawaitu sauma ghodin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Hah .. yang ni di malamhari sebelum permulaan puasa tuu. Mulalah puasa. Bila dengar azan Maghrib, makanlah jangan lambatkan walaupun seteguk air.. heehee .. hmm syukran dah seteL puasa sehari .. esok sambung lagi .. bagi cukup sebulan oRite

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya
ar hamarrohimin

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku
dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih
dan Penyayang