Teknologi Maju Di Zaman Nuh AS
Faktor umur dan iklim bumi sebelum taufan Nuh a.s. dipercayai antara penyebab teknologi manusia silam mencapai tahap yang amat hebat, bukan mundur sebagaimana dakwaan Darwin. Nabi Adam a.s. dikatakan hidup selama 930 tahun, anaknya Nabi Shith lahir 23 tahun setelah Adam diturunkan ke bumi. Nuh a.s. pula hidup selama 950 tahun, semasa banjir besar umurnya 600 tahun. Pada masa sebelum banjir, umur anak-anak Adam secara purata ialah 900 tahun. Umur yang panjang ini memungkinkan mereka belajar begitu banyak ilmu pengetahuan mengenai bumi dan langit serta mencipta berbagai ciptaan baru. Mereka tentu tahu mengenai semua galian, serta tahu juga bagaimana untuk menghasilkan logam dan tembaga, paling kurang pun mereka telah belajar dari Adam a.s.
Faktor umur dan iklim bumi sebelum taufan Nuh a.s. dipercayai antara penyebab teknologi manusia silam mencapai tahap yang amat hebat, bukan mundur sebagaimana dakwaan Darwin. Nabi Adam a.s. dikatakan hidup selama 930 tahun, anaknya Nabi Shith lahir 23 tahun setelah Adam diturunkan ke bumi. Nuh a.s. pula hidup selama 950 tahun, semasa banjir besar umurnya 600 tahun. Pada masa sebelum banjir, umur anak-anak Adam secara purata ialah 900 tahun. Umur yang panjang ini memungkinkan mereka belajar begitu banyak ilmu pengetahuan mengenai bumi dan langit serta mencipta berbagai ciptaan baru. Mereka tentu tahu mengenai semua galian, serta tahu juga bagaimana untuk menghasilkan logam dan tembaga, paling kurang pun mereka telah belajar dari Adam a.s.
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?
Surah Al-Baqarah 2:31-33
Kita harus sedar bahawa ketika itu mereka berkahwin ketika berusia sekitar 15 tahun, kadar kelahiran adalah tinggi dan kadar kematian pula amat jarang berlaku, penduduk meningkat dengan amat cepat. Selama lebih kurang 1,600 tahun sejak Adam a.s. diturunkan ke bumi, kemajuan pembangunan dan penciptaan manusia diberitakan sebagai amat pantas dan jauh melebihi kemajuan yang kita lihat sekarang ini, malah penduduk dunia dipercayai lebih ramai dari sekarang. Sebelum taufan Nuh a.s. manusia di bumi dikatakan telah mencapai tahap teknologi yang amat maju. Banyak bukti kemajuan silam itu telah ditemui oleh umat zaman ini dan tidaklah perlu dinyatakan satu persatu.
Dalam Surah Hud ada dinyatakan ejekan kaum Nuh a.s. terhadapnya kerana dia membina bahtera (mungkin Nuh a.s. tidak menguasai teknologi sehebat yang mereka ada, mereka anggap Nuh a.s. melakukan kerja bodoh membina bahtera atas daratan dalam cuaca yang sebegitu baik tiada hujan, dan mereka mengejeknya sebab mereka pada ketika itu sudah mampu mencipta kapal terbang, dan berdasarkan teknologi ramalan cuaca yang ada pada mereka, mereka tidak percaya taufan akan berlaku).
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu
Surah Hud 11:36-38
Teknologi yang ada ketika itu lebih maju dari apa yang ada pada kita dan sumber tenaga juga berbeza dari apa yang ada sekarang. Pada masa silam bahan api ialah raksa, bukannya petrol. Bumi ini berbeza sebelum banjir besar. Paksinya tegak dan kesannya ialah musim yang sama sepanjang tahun. Antartika di zaman itu dikatakan dihuni oleh manusia. Ada sarjana berpendapat bahawa terdapat satu cincin air batu melingkari bumi dan embun atau air jatuh waktu malam, hujan tidak turun sebelum taufan Nuh a.s. Dalam lagenda China dikatakan bahawa ada manusia yang tinggal di atas air batu ini, dalam lagenda Melayu mungkin ini yang dimaksudkan dengan ‘kayangan’, masa kini ‘kayangan’ itu dikatakan sudah tiada lagi.
Dalam Surah Saba’ ada dinyatakan bahawa mereka yang hidup di zaman silam itu (sebelum taufan Nuh a.s.) adalah jauh lebih hebat dari segi kekayaan, penguasaan teknologi dan kekuatan berbanding umat Muhammad s.a.w. Sebelum banjir besar, bumi ini diisi oleh berjuta orang genius yang panjang umur dan mereka tidak ada batasan bahasa. Mereka ini telah mencapai kemajuan yang hebat tetapi berfikiran materialistik serta telah lupa pada ajaran Islam. Dalam dunia materialistik ketika itu, Nuh a.s. telah dibenci dan dicaci oleh umatnya dan dia mungkin bersendirian dan tidak menggunakan kemudahan teknologi yang ada ketika itu. Kaum Nuh sebelum taufan Nuh a.s. amat degil sebab mereka merasakan mereka sudah hebat, maju dan kaya-raya. Mereka juga tidak pernah ditimpa bencana yang besar selama 1,656 tahun.
Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: Mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
Surah Saba’ 34:45
Banyak penemuan artifak silam yang tidak diketahui kegunaannya oleh manusia sekarang atau didapati menggunakan teknologi yang lebih maju dari sekarang dipercayai dicipta oleh kaum-kaum yang hidup sebelum taufan Nuh a.s. (dari teknologi selama 1,656 tahun, umur purata 900 tahun setiap orang). Ada yang menganggarkan penduduk ketika itu ialah 10 bilion orang, namun saya anggarkan 1 bilion saja (setelah ditolak kaum yang dimusnahkan). Yang tinggal ialah yang terselamat dalam bahtera Nuh a.s. iaitu 8 orang saja. Sebahagian dari yang terselamat ini mengetahui sedikit sebanyak teknologi, tetapi mungkin tidak semaju mereka yang telah ditenggelamkan.
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Surah Al-Israak 17:3
Pengikut Nuh a.s. didakwa oleh ketua-ketua yang kafir yang telah ditenggelamkan itu sebagai ‘miskin hina dan berfikiran singkat (ketinggalan dari segi teknologi)’. Tamadun yang kita kecapi sekarang ini adalah tamadun baru yang dibina semula dari peringkat manual selepas taufan Nuh a.s.
Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta.
Surah Hud 11:27
Bagi mendapat gambaran masa silam, perhatikan zaman sekarang di mana Amerika, Rusia, Israel, Eropah amat maju teknologinya berbanding negara membangun dan sebahagian kaum pula masih amat mundur teknologinya dan masih tinggal di hutan. Untuk mencapai teknologi yang ada sekarang, kaum selepas taufan Nuh a.s. perlukan masa yang lebih panjang kerana umur mereka pendek (sekitar 70 tahun saja, banyak ilmu tidak dapat diwarisi sepenuhnya kerana kematian yang pantas, dan umur yang pendek tidak memungkinkan mereka merantau jauh dalam masa yang lama untuk mempelajari teknologi oranglain).
Petikan Dari - Megasutra