Asal Usul Yang Dianggap Misteri
Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam (sebelum dan selepas taufan Nuh a.s.) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga telah berkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia paling kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan yang terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab Hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang (besar kemungkinannya teknologi ini diwarisi sejak sebelum taufan Nuh a.s. oleh seseorang yang menaiki bahtera), adalah antara bukti-bukti bahawa manusia zaman silam selepas taufan Nuh a.s. juga telah mencapai tahap teknologi yang amat maju tetapi telah dihapuskan dari muka bumi.
Asal usul bangsa Melayu adalah misteri sebagaimana juga misterinya Adam a.s. yang dikatakan oleh Prof. Hamka diturunkan di Sumatera, misterinya umat yang dibawa bersama dalam bahtera Nuh a.s. dan misterinya asal usul Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang dikatakan dari Kemboja (asal namanya Kambujadesa). Namun nama Melayu dan Nusantara sebagai tanah ibunda Melayu tidaklah dapat dipisahkan. Nusa Tenggara atau Nusantara adalah nama yang digunakan sejak lama dulu merujuk kepada gugusan kepulauan Melayu. Sumatra bermakna pulau bergunung-ganang, orang Sumatera dari itu bermaksud ‘orang Gunung’. Nusantara ini mempunyai begitu banyak pulau, mungkin sekitar 20,000 pulau atau lebih kerana Indonesia saja mempunyai sejumlah 18,306 buah pulau dan mungkin inilah antara sebab mengapa Melayu silam hebat dalam ilmu pelayaran, benar-benar mewarisi teknologi bahtera Nuh a.s. Sebelum taufan Nuh a.s. Nusantara ini dipercayai merupakan tanah yang satu tetapi sebahagiannya telah tenggelam buat selama-lamanya.
Dari berbagai rujukan, biarlah saya rumuskan terlebih dahulu pendapat saya sebelum saya mencatat lebih lanjut iaitu: Bangsa Melayu ada dua kelompok. Pertama ialah apa yang digelar Melayu-Levo atau Melayu-Proto. Mereka ini adalah dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. paling awal sekitar 4,300 tahun lampau dan kedua ialah Melayu-Deutro keturunan dari Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah paling awal sekitar 3,900 tahun lampau. Jarak terdekat antara dua kelompok ini adalah kira-kira 400 tahun (Nabi Ibrahim a.s. lahir 293 tahun setelah taufan Nuh a.s.) Kelompok pertama adalah Rumpun Melayu (Melayu-Levo) menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya. Kelompok kedua ialah Melayu Induk (Melayu-Deutro) di Nusantara menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar Kemboja.
Perhatikan jadual sebelum ini. Dari pengiraan didapati bahawa Nabi Nuh a.s. masih hidup ketika Ibrahim a.s. lahir, dan Nuh a.s. masih hidup hingga Ibrahim a.s. berusia 58 tahun. Setakat yang saya ketahui, orang Yahudi percaya bahawa Ibrahim a.s. pernah bertemu Sham bin Nuh, dan tiada catatan pernah menyatakan Ibrahim a.s. bertemu Nuh a.s. Saya mencatat ini untuk memberitakan bahawa jarak antara taufan Nuh a.s. dan Ibrahim a.s. itu tidaklah jauh, tidak sampai 500 tahun dan kisah asal-usul bangsa termasuk bangsa Melayu ini bermula sekitar 4,300 tahun lampau, tidak lebih awal daripada itu. Mana-mana tempoh yang lebih awal tentunya merujuk kepada anak Adam yang hidup sebelum taufan Nuh a.s. (mereka yang sudah mendiami bumi selama kira-kira 4,300 tahun) dan mereka sebelum taufan Nuh a.s. semuanya satu bangsa saja. Mana-mana kajian yang menyatakan bahawa yang dinamakan ‘manusia’ pernah mendiami bumi lebih awal dari tempoh itu sebenarnya terpengaruh dengan Teori Evolusi Darwin. Yang bernama ‘manusia’ hanyalah anak-cucu Adam a.s.
[Pada saya ‘manusia’ yang mereka pecah-pecahkan jenisnya itu (dengan jangkaan-jangkaan masa generasi itu mendiami bumi, ada yang kononnya hingga 1.8 juta tahun lampau) adalah pendapat-pendapat yang sasau. Generasi-generasi itu mungkin anak-anak Adam juga dan hanya hidup sekitar paling awal 6,000 tahun lampau tetapi cerita-ceritanya telah direka-reka (blown-up menjadi ratusan ribu malahan juta tahun) semata-mata untuk menyokong Teori Darwin. Sebenarnya teknik ‘carbon-dating’ penuh dengan jangkaan semata-mata dan tidak layak dijadikan hujah ilmiah. Saya nampak bahawa penemuan-penemuan Barat itu penuh dengan kesangsian dan ketidak-pastian, dan semua lukisan-lukisan mengenai generasi ‘manusia’ itu hanyalah khayalan pelukis pengikut Darwin.
Hampir pasti sebahagian tengkorak-tengkorak yang dijumpai (oleh pengikut Darwin) itu hanyalah tengkorak beruk (ape) tapi cuba dikait-kaitkan dengan manusia. Kalaupun ia tengkorak manusia, tarikhnya pula direka-reka seolah telah wujud ratusan malah jutaan tahun lampau sedangkan itu hanyalah tengkorak anak Adam. Pendapat aliran Darwin yang kacau dan direka-reka inilah yang seolah-olah mendominasi sejarah asal-usul manusia, menjadikan manusia ‘sesat-barat’ dalam mengenali dari manakah asal mereka. Sesungguhnya Darwin bukanlah rasul atau nabi yang diutus tetapi dari keturunan Yahudi, dan dia adalah athiest (tidak percayakan Tuhan) dan dianggap oleh Barat sebagai pemimpin kaum athiest.]
Petikan Dari - Megasutra