Maksud Melayu Ialah Orang Bukit
Menurut Prof Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa nama ‘Melayu’ berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ‘hijrah atau lari’ ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese atau Tanah Emas) ataupun pendapat menyatakan Melayu bermaksud ‘layu’ atau dari perkataan Perancis ‘malaise’ hanyalah satu hipotesis yang terbukti tidak benar kerana menurut beliau, perkataan ‘malaya’ dalam Sanskrit dan ‘malai’ dalam bahasa Tamil bermaksud bukit (Sastri 1949).
Menurut Liang Liji (1996) kewujudan kerajaan Melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 Masehi lagi diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan itu disebut dalam bahasa China sebagai Ye Diao (tidak diketahui apa namanya di alam Melayu tapi ia merujuk pada kawasan Jawa dan Sumatera) yang membawa ufti ke negeri China. Kerajaan Melayu Purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad ke 3 Masehi dan berpusat di Kemboja. Ianya terus wujud hingga kurun ke 15 (1,200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina Angkor Wat (seawal kurun ke 9). Menurut Intan (1991), Othman dan Halim (1990), Gallop (1994) dan Coedes (1964) kerajaan Melayu Purba yang lebih berjaya dan tidak dipertikaikan keMelayuannya berbanding Funan ialah yang berpusat di Vietnam sekarang.
Pada awalnya mereka ini berada di Annam, kemudian berhijrah ke selatan sampai ke Hue, Inderapura (Quang-nam) dan akhirnya ke Vijaya (Binh-dinh). Kerajaan ini terkenal dengan panggilan Kerajaan Melayu Champa yang kemudiannya diusir keluar dari kota Vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod China ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke 16. Menurut Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding Melayu lain di Nusantara kerana mereka ini telah Islam sekurang-kurangnya pada kurun ke 11 Masehi.
Dalam buku China ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke 2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke 5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan), Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke 5 Masehi dan Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 Masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430, 433, 436, 437 dan 452 Masehi.
Apa pun, menurut Shaharir, kerajaan Melayu Purba di Vietnam yang dikenali sebagai Kerajaan Champa berpusat di Annam adalah kerajaan gah yang telah bertahan lama dan berteknologi tinggi. Ia telah wujud sekitar kurun ke 3 Masehi. Kemudian barulah kerajaan Srivijaya di Palembang, Sumatera beragama Buddha Mahayana di kurun ke 7 Masehi, kemudian mereka ini menakluki sebahagian besar pulau Jawa dan membina candi Borobudur di Yogjakarta, Jawa Tengah. Kini Borobudur menjadi satu dari 7 benda ajaib di dunia, malahan jauh lebih ajaib dari ahram di Mesir, empayar Maya dan Aztek di Amerika Selatan atau Angkor Wat peninggalan Empayar Funan-Khmer. Empayar Srivijaya ini yang berpusat di Palembang meliputi seluruh Sumatera, Riau, Jawa Barat, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Selatan Thai, Champa, Kemboja dan Sri Lanka (Coedes & Damais 1992, Slametmuljana 1970, 1981, Chatterji 1966 & Sastri 1949).
Setakat ini antara bukti fizikal terawal ditemui mengenai nama ‘Melayu’ di Nusantara ialah di Jambi. Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari, sebuah sungai di Jambi, sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Istilah Melayu dan Jambi telah digunakan sekian lama dalam teks sejarah. Istilah Malayu telah juga ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada tahun 1286 di Padang Ruku (Roko atau Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh tahun 1029 Masehi. Nama Melayu itu telah wujud lama sebelum Islam tersebar di Nusantara malah mungkin Melayu adalah antara bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (Rumpun Melayu ada terlalu banyak pecahan suku kaum). Dalam bahasa Tamil perkataan Malai atau dalam Sanskrit perkataan Malaya atau Malayo bermaksud bukit yang tinggi atau gunung. Nampaknya asal perkataan Melayu tidak diketahui dengan tepat hingga ke hari ini. Mungkin pada zaman silam orang Melayu dipanggil Hitti, Cathay atau Kattayo sempena nama Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.
Petikan Dari - Megasutra