Melayu Bukan Dari Bangsa Cina
Sulalatus Salatin mencatat bahawa Melayu berasal dari Bukit Siguntang Mahameru, dan ini mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan agama Buddha Mahayana zaman silam. Bukit Siguntang letaknya disebelah Barat kota Palembang. Bukit yang tingginya sekitar 27 meter dari permukaan laut ini, pada zaman Sriwijaya merupakan tempat suci bagi penganut agama Buddha. Menurut sejarah, di bukit ini bermukim sekitar 1000 pendeta Buddha. Hingga kini Bukit Siguntang masih dianggap sebagai tempat yang dikeramatkan. Pada tahun 1920 di Bukit Siguntang ditemukan arca Buddha bergaya Amarawati dengan wajah iras Srilanka dan diduga berasal dari abad XI Masehi. Dipuncak bukit terdapat kuburan kuno yang dikeramatkan penduduk. Salah satunya adalah kuburan Sigentar Alam yang dijadikan tempat bersumpah beberapa penziarah.
Sejak zaman purba Sumatera sudah berpenghuni dan disebut dengan aneka nama. Dalam catatan bangsa Tionghoa kawasan kepulauan kita dinamai Nan-hai (Kepulauan Laut Selatan). Berbagai catatan kuno bangsa India menamakan kepulauan ini Dwipantara (Kepulauan Tanah Seberang), nama yang diturunkan dari kata Sanskrit iaitu dwipa (pulau) dan antara (luar, seberang). Kisah Ramayana karya pujangga Valmiki yang termasyhur itu menceritakan pencarian terhadap Sinta, isteri Rama yang diculik Ravana, sampai ke Suwarnadwipa (Pulau Emas, iaitu Sumatera sekarang) yang terletak di Kepulauan Dwipantara atau kemudiannya digelar Nusantara.
Bangsa Arab menyebut kepulauan Melayu sebagai Jaza'ir al-Jawi (Kepulauan Jawi). Nama Latin untuk kemenyan adalah benzoe, berasal dari bahasa Arab luban Jawi (kemenyan Jawi), sebab para pedagang Arab memperoleh kemenyan dari batang pohon Styrax Sumatrana yang dahulu hanya tumbuh di Sumatra. Sampai hari ini jemaah haji kita masih sering dipanggil ‘Jawi’ oleh orang Arab. ‘Samathrah, Sholibis, Sundah, kulluh Jawi (Sumatra, Sulawesi, Sunda, semuanya Jawi)’ dikatakan pernah disebut oleh seorang pedagang di Pasar Seng, Mekah. Nama ‘Jawa’ (suku kaum yang terbesar di Nusantara) adalah sinonim dengan Jawi, tergolong sebagai bangsa Melayu juga.
Bangsa-bangsa Eropah anak Yafith yang pertama kali datang itu beranggapan bahawa Asia hanya terdiri dari Arab, Persia, India, dan China. Bagi mereka, daerah yang terbentang luas antara Persia dan China semuanya adalah ‘Hindia’. Semenanjung Asia Selatan mereka sebut ‘Hindia Muka’ dan daratan Asia Tenggara dinamakan ‘Hindia Belakang’. Sedangkan Indonesia memperoleh nama ‘Kepulauan Hindi’ (Indische Archipel, Indian Archipelago, l'Archipel Indien) atau ‘Hindia Timur’ (Oost Indie, East Indies, Indes Orientales). Nama lain yang juga dipakai adalah ‘Kepulauan Melayu’ (Maleische Archipel, Malay Archipelago, l'Archipel Malais). Nama Indonesia (dari istilah Hindia) sebenarnya diberikan oleh penjajah Belanda setelah saranan nama Melayunesia ditolak oleh mereka.
Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai asal usul Bangsa Melayu. Tapi sebagaimana diduga, pengkaji sejarah sekular biasanya tidak mengaitkannya dengan sumber agama (Taurat, Injil dan Qur’an). Pada saya, sejarah asal-usul manusia sepatutnya merujuk kepada sumber agama untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Bila dikaitkan dengan sumber agama, secara umumnya ada dua pendapat mengenai asal usul Melayu. Pertama, Melayu adalah bangsa asal di Nusantara dan dari keturunan Nuh a.s. selepas banjir besar dan bukan berasal dari tempat lain. Kedua, Melayu adalah bangsa yang berasal dari keturunan Ibrahim Khalilullah dan inilah yang biasa digelar sebagai Bani Jawi. Allah berfirman:

Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya
Surah Hud 11:48
Ahli Kitab Nasrani menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s. (ada pendapat menyatakan Nuh lahir 1,056 tahun setelah Adam) adalah pemerintah negara China yang pertama selepas banjir besar. Nabi Nuh menjadi pemimpin manusia selama 600 tahun selepas banjir ini, bangsa yang dipimpinnya menurut mereka ialah bangsa China. Pusatnya ialah Asia Tengah atau Tibet. Dikatakan bahawa pengetahuan membina bahtera adalah kelebihan bangsa ini dan lautan tidak menjadi penghalang kepada pengluasan keturunan mereka. Setelah saya teliti, bukan bangsa China yang dimaksudkan itu tetapi bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan – Hitti, Cathay atau Kattayo). Ini kerana bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran gunung tertinggi di dunia sebagai Himalaya. Bangsa Melayu jugalah yang amat mahir membina bahtera dan telah meredah lautan dan menduduki 60% dari muka bumi sejak ribuan tahun lampau, bukan bangsa China (Sin, Shin, Sina).
Memang besar kemungkinan bangsa Melayu mahir membina bahtera dan mahir di lautan kerana mereka telah belajar dari Nabi Nuh a.s. yang memimpin mereka selama 600 tahun setelah banjir besar itu. Memang ada pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari bangsa China tetapi saya tidak bersetuju kerana sarjana China silam sendiri menganggap Melayu bukan dari bangsa China dan menceritakan tentang Melayu sebagai kelompok bangsa yang berbeza. A.R. Wallace pula berpendapat bahawa Melayu berasal dari bangsa Monggol (Hitti, Cathay atau Kattayo) dengan alasan bahawa terdapat banyak ciri fizikal yang sama dengan bangsa ini, berbeza dari bangsa China.
Petikan Dari - Megasutra