Rumpun Melayu Adalah Bangsa Yang Besar
Melayu telah wujud di Nusantara sejak dari zaman Nabi Nuh a.s iaitu selepas banjir besar. Ini adalah kelompok asal yang digelar Funan (Hitti) oleh orang China silam. Kemudian lahir pula kelompok kedua iaitu keturunan Ibrahim a.s dari isterinya Keturah (besar kemungkinan orang Melayu Champa di Kemboja). Dikatakan bahawa Ibrahim lahir 1,948 tahun iaitu hampir 20 kurun setelah Adam a.s. dan 892 tahun atau hampir 9 kurun setelah Nuh a.s. Perhatikan bahawa tempoh 20 kurun itu hampir sama dengan jangkamasa sejak Nabi Isa a.s dilahirkan hingga hari ini – satu jangkamasa yang amat panjang.
Ini adalah puak yang akhirnya menjadi pemimpin kepada bangsa Melayu zaman ini, mendiami Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Pattani, Singapura, Selatan Filipina, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Mereka inilah dianggap Melayu Induk pada zaman ini yang mana hampir semuanya beragama Islam, sementara yang lain (Polynesia, Melanesia dan lainnya yang kebanyakannya bukan beragama Islam) dianggap Rumpun Melayu dan pada saya mereka bukan dari Bani Jawi (keturunan Ibrahim a.s.).
Kewujudan Melayu (Funan atau Hitti atau Cathay anak Heth) sejak zaman Nuh a.s. inilah yang dapat menerangkan hakikat bagaimanakah Red Indian di Amerika, orang Hawaii, Polinesia dan Melanesia itu adalah dari rumpun Melayu juga. Bangsa Melayu adalah salah satu bangsa tertua di dunia dan kini rumpun Melayu telah mencecah lebih dari 350 juta orang. Ini bukanlah perkara yang dapat dicapai dalam masa yang singkat dan tentunya memakan masa ribuan tahun. Ada pendapat menyatakan bahawa sebelum taufan Nuh, umat manusia di atas muka bumi ini berjumlah kira-kira 10 bilion orang (dua kali ganda jumlah penduduk dunia sekarang ini) tapi mereka ini amat jahat lagi kufur. Setelah banjir besar itu, generasi manusia mula berkembang biak semula.

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Surah Al-Israk 17:3
Orang asal Nusantara adalah mereka yang telah diselamatkan dari taufan Nuh dengan menaiki bahtera Nuh a.s. dan mereka ini iaitu orang Funan anak cucu Heth yang merintis tamadun Hua Bin Hian (De Silva menyatakan tamadun ini 15,000 tahun lampau) adalah datuk nenek orang Melayu. Ini merupakan Melayu yang asal (asli atau Proto). Dikatakan juga bahawa Nuh a.s. telah mengarahkan anak-anaknya dari keturunan Sam, Ham dan Yafith ini supaya berpindah ke timur dan barat bagi berketurunan. Bangsa ini telah bertebaran di Nusantara, Melanesia dan Polinesia sejak lama dahulu. Bangsa Melayu adalah bangsa yang dikenali sebagai amat bertoleransi, ‘perasa’ dan ‘hyper-sensitive’.
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israel, dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
Surah Maryam 19:58
Penutur bahasa Melayu adalah salah satu rumpun bahasa yang besar iaitu ketiga terbesar di benua Asia. Jumlahnya dianggarkan kira-kira 300 juta orang penutur. Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa perhubungan lebih mudah diterima kerana unsur keistimewaan yang ada padanya. Dalam hal ini tidak hairanlah mengapa bahasa Melayu yang merupakan sebahagian daripada 200 bahasa dalam kepulauan Melayu diterima sebagai bahasa yang penting.
Bahasa-bahasa utama di dunia memiliki rumpun-rumpun yang berbeza, rumpun Melayu adalah satu rumpun yang dipecahkan kepada bahasa-bahasa yang dituturkan dalam rumpun yang sama meliputi kawasan Hesperanesia yang terbentang luas merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, selatan negara Thailand, Malagasi dan Farmosa. Bahasa-bahasa yang dituturkan di kawasan Hesperanisia ini memiliki unsur-unsur persamaan antara satu sama lain. Bahasa-bahasa yang ada, walaupun pada dasarnya sama tetapi tidak menjurus kepada pengunaan berbentuk dialek dan juga tiada kepentigan tertentu. Malah apabila dikaji sifat-sifat bahasa Melayu yang ada sejak zaman yang lampau, telah berlaku beberapa proses terhadap bahasa ini seperti meluas, menyempit, ameliorative, senestisia dan asosiasi.
Ahli arkeologi berpendapat bahawa suku bangsa Indo-Melayu atau dikenali sebagai bangsa Austronesia yang memiliki satu bahasa yang disebut bahasa Autronesia yang memiliki satu bahasa Autronesia Sulung, merangkumi bahasa Hesperanesia, bahasa Melanesia, bahasa Mikronesia dan bahasa Polynesia. Bahasa Autronesia adalah salah satu cabang bahasa dari rumpun yang lebih besar iaitu bahasa Austria, C.A Mees mendapati terdapat lima rumpun bahasa yang terbesar di dunia. Menurut teori sarjana barat, rumpun bangsa Melayu berasal dari Yunnan dan Sinkiang yang bertalian dengan bangsa Mongol atau Mongoloid. Dikatakan juga bahawa bangsa ini berasal dari campuran darah Tibeto dan Dravidia yang lahir di pergunungan Himalaya. Bangsa ini akhirnya berpindah ke selatan iaitu ke Asia Tenggara. Menurut Encyclopedia Britannica, bahawasanya ‘bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunnan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austranesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia’. Di sini jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu lautan Pasifik dan lautan Hindi.
Bahasa Hesperanesia memiliki cabang-cabang yang tidak dapat dikesan berapakah jumlah sebenarnya. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda yang utama di samping bahasa-bahasa Kubu, Batak, Kalang dan Toraja atau generasi Melayu Proto, Bahasa Melayu, Acheh, Minangkabau, Lampung, Sunda, Jawa, Banjar, Madura, Iban, Bisaya dan Tagalog pula dikenali sebagai bahasa generasi Melayu Deutro. Berdasarkan kepada beberapa teori yang telah diterangkan ini, jelaslah bahawa asal-usul bahasa Autronesia yang menjadi asas kepada rumpun Melayu di kepulauan Nusantara telah dapat dibuktikan kewujudannya.
Saya berpendapat bahawa Melayu asal (Proto) ini bukan berasal dari Yunan tetapi Tibet (bumbung dunia) dan jika ia bukan lahir dari Tibet pun, ia berasal dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh yang dikatakan pernah tinggal di Ur, Babylon. Heth ini dikatakan menjadi nenek moyang kepada orang Hitti (atau Monggoloid, termasuk bangsa Melayu). Namun tidak dinafikan bahawa kelompok minoriti Bani Jawi (Melayu Deutro) pernah menduduki Yunan (Negeri Yunan di China ini adalah berbukit-bukau bersempadan dengan Laos, Burma dan Vietnam. Ia adalah kawasan yang mempunyai paling banyak kaum etnik dalam negara China. Terdapat 24 kumpulan etnik berjumlah 34 peratus dari seluruh penduduknya). Kelompok majoriti Bani Jawi pula menduduki Kemboja, Petani, Tanah Melayu dan turun ke Sumatera, kemudian sebahagian Bani Jawi dari Yunan ini pun tentunya telah berhijrah ke Tanah Melayu dan Kalimantan.
Petikan Dari - Megasutra