Menerangi langit dan bumi. Nur hidayah umpama 'Misykaat' dalam qandil kaca yang jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang yang dinyalakan banyak manfaatnya, yang sentiasa terdedah kepada sinarNya dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api yang berganda-ganda, berlapis cahaya memimpin sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

February 1, 2011

Pesanan Penjaga Makam Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

Isteri tidak mendengar kata suami.
Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
Bersembahyanglah
Berzakat - jangan ditinggalkan.
Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Aku terjumpa pesanan ini dalam web .. namun kesahihan dari penjaga makam tidak dapat aku pastikan .. cuma .. Tanya Hati .. apakah benar memang berlaku semua itu pada diri sendiri .. tak perlu diungkitkan kebenarannya pada kamu .. hanya kamu sendiri yang membacanya tahu isi hati kamu .. Tepuk Dada Tanya Selera .. Renungkanlah Hatimu